Wednesday, November 25, 2009

Konvokesyen & Ihtifal Tadika Islam Al-Fasih


Hari Ahad 22 November 2009, Sekolah Tadika Islam Al-Fasih telah mengadakan majlis Konvokesyen & Ihtifal.Ini bermakna hari ini adalah hari terakhir kak Yong bertemu dengan cikgu2 dan kawan-kawan...

Kak Yong sebelum ke majlis konvo. Sempat lagi berposing...

Pentas..

Sebelum majlis bermula...

Kak Yong masuk persembahan Choral speaking (Kak Yong pakai baju kurung pink & tudung hitam)

Selain dari choral speaking, Kak Yong juga masuk persembahan bercerita Burung Hud-hud dan juga lakonan "Dari Kerana Mata"... aktif betul anak ibu..

Untuk persembahan bercerita, 2 minggu sebelum tu lagi Kakyong dah mula berlatih dirumah. Tiap-tiap hari berlatih, sehinggakan Kak Ngah pun dah hafal skrip cerita Burung Hud-hud tu..

Pada mulanya Kak Yong mengadu yang dia takut nak naik pentas...malu.. nanti orang ramai tengok.. tak boleh jadi ni, aku mesti bina keyakinan diri dalam diri nya.

Setiap hari aku beri kata-kata semangat.. aku cakap yang Kak Yong mesti boleh, kak yongkan budak bijak...

Bila tiba hari Konvo tu, aku sendiri pula yang berdebar-berdebar. Tapi Alhamdulillah... lega aku bila tgk kakyong relax jer naik pentas...air muka dia pun tak menunjukkan yang dia takut... nampaklah keyakinan pada dirinya...

Masa dalam kereta on the way balik rumah, aku cakaplah yang aku nampak dia ok jer naik pentas. tak nampak takut pun... selamba je dia jawab "Ibu tak tahu yang hati kak yong ni menggigil sangat.." hahaha.. kelakar aku bila dengar ayat tu keluar dari mulut dia..
Apa-apapun.. Kak Yong, Ibu BANGGA sangat dengan Kak Yong... bukan senang nak bina keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai...


Kak Yong menerima Anugerah Kebersihan Terbaik

Kak Yong terima Sijil Tamat Sekolah dari Pengetua, Ustazah Hasnah

Kak Yong bersama Trofi Pelajar Paling Sporting. Tengok, gelagatnya yang selamba..patutlah dianugerahkan Pelajar Paling Sporting.Hmmm.. anak ibu..

Kak Yong bersama dengan piala dan trofi



Kak Yong bersama teman-teman.

Wednesday, November 18, 2009

Kak yong jadi model

Pagi Isnin (16/11/2009), dapat MMS dari hubby.. "Ini gambar anak kita ke?..." Tenung punya tenung..siap zoom lagi, memang sah itu gambar kakyong..


Tak sangka aku, anak aku jadi model iklan sekolah tadika dia.. terpampang besar kat banner muka dia.. :-) hai tercapai juga la cita2 dia nak jadi 'pemodel'... glamour sekejap anak aku..
Kak yong, ayah cakap kalau jadi model MUSLIMAH tak pe...
Ayat yang keluar dari mulut hubby aku "Banggalah tu gambar anak dia ada kat banner tu.." Banggalah juga. Sebab dalam ramai2 tu kakyong yang terpilih...
Zoom in...
Nak promote sikit, Tadika Islam Al-Fasih ni memang bagus. Kepada sesiapa yang tinggal area Taman Kenari/Sg Ramal tu, aku memang recommend la tadika ni.
Cara pengajaran/pendekatan cikgu-cikgu kat situ memang aku suka. Yuran pun tak mahal. Bulanan cuma RM70.
Bermula tahun depan tadika tersebut akan mengehadkan pengambilan pelajar.
Menurut pengetua tadika iaitu Ustazah Hasnah, tujuannya supaya dapat memberi lebih tumpuan pada pelajar. Tadika ini juga akan mengadakan kelas intensif pada setiap cuti sekolah khas untuk pelajar yang lemah.

Birthday Kakyong

17 November 2009. Hari lahir anak sulungku.

Tak larat rasanya aku nak menjawab soalan yang keluar dari bibirnya... Antara soalan-soalan yang sentiasa meniti di bibirnya ialah "Ibu, bila birthday kakyong? Bila nak bulan 11 ni? Hari ni dah bulan 11 ke bu? Lamanya bu nak bulan 11.."

Hingga aku pun turut merasa 'Lambatnya bulan 11..'
Akhirnya, tiba juga tarikh yang ditunggu-tunggu...


SELAMAT HARI LAHIR KAKYONG. Genap umur kakyong 6 tahun. Ibu doakan agar kakyong dipjgkan umur, sentiasa sihat & ceria, dimurahkan rezeki, dan menjadi anak yang solehah serta dpt membahagiakan dan menyenangkan hati ayah & ibu.. Amin..




Kek birthday kayong. kakyong dah siap pesan awal2.. dia nak tiup lilin...so, balik je dari opis, aku dan suami terus bekejar cari kek kakyong.. sebab dah janji & tak mahu menghampakan permintaannya.




Tengok, kakngah pun nak menyibuk juga... tu kek birthday kakyonglah... bukan kakngah punye tau... :-)








Tuesday, November 17, 2009

Anak-anak Sumber Inspirasiku

Salam semua,

Pertama sekali ingin aku perkenal ketiga-tiga puteriku.





Puteri sulungku, Nur Alia Syafiqah. Dalam keluarga dikenali sebagai kakyong... Akan genap 6 tahun pada 17 November 2009. Seorang yang ceria,lemah-lembut,petah berbicara..kekadang pemalu... Cita-cita dia nak jadi 'pemodel', itu istilah yang dia gunakan..







Puteri kedua, Nur Alia Syamila (2 tahun 8 bulan. D.O.B. 25 Mac 2009) Lebih mesra dipanggil Kakngah. seorang yang aktif, agresif.
Di rumah, dialah penghibur. Kalau dia tidur sunyi sepi rumah jadinya. Tapi kalau dia bangun, memang riuh satu rumah... time tu aku rasa cam nak suruh je dia tidur balik..hehehe




Nur Alia Syaqila (8 Bulan D.O.B. 29 Mac 2009), anak bongsuku (buat masa sekarang,hehehe). Dia memang tak banyak ragam. Senang nak jaga..sentiasa senyum.. tapi dah nampak lasaknya,tak padan dengan kecik. mungkin terikut-ikut perangai kakngah.hopefully, tidaklah. Tak larat aku nak handle nanti. Cukuplah kakngah sorang yang lasak ye adik...