Tuesday, April 6, 2010

Aktiviti hujung Minggu

Salam..

Hujung minggu ni paling best aku rasa. Sebab setelah lebih dari 3 bulan kami pindah ke rumah baru, barulah kami dapat menghabiskan masa untuk berkebun di belakang rumah kami yang sekangkang kera tu... :-)
Kalau tidak hujung minggu kami mesti padat dengan aktiviti lain, selain hubby aku sibuk dengan urusan bisnes dia...

Sememangnya itulah plan aku dan hubby... nak bercucuk tanam kat belakang rumah. So, sebelum tu hubby aku memang dah bersihkan kawasan belakang tu sebab terlalu semak dan rumput dah tumbuh subur...

Benih cili dan terung pun dah beli minggu lepas dan dah semai pun.. tp disebabkan tak sabar nak lihat hasilnya (tak tau bila benih tu akan membesar...) pagi2 ahad (4 April 2010), kitaorg anak-beranak pegi ke pasar sehari di Beranang. +- 15 minit je dari rumah ku. Kat situ macam2 ada. Kami pun beli anak pokok limau kasturi,cili, serai. (tak aci betulkan, bukannya nak buat sendiri.. gi beli anak pokok plak...) apa-apa jelah, janji aku dapat tengok hasilnya dengan cepat...huhuhu.
Anak pokok bunga orkid pun aku beli juga...(aku rasa aku dah jatuh cinta dengan bunga orkid ni..hehehe... nanti aku akan ceritakan pasal bunga orkid ku plak yer... tunggu... itupun pun kalau sejuk tangan ku ini... org cakap kalau tangan panas, tanaman kita tu tak menjadi. Tengoklah nanti yer..)

so, balik rumah terus mulakan tugas.... BERKEBUN... layan jelah pic yang ada yer....




KakYong & KakNgah asyik tolong ayah.... masa ni ibu sibuk masak. tp sempat lagi snap pic..



Adik hanya jadi pemerhati dari jauh. Itu le, lambat sangat jalan.. kalau tak mesti adik yang paling sibuk menolong ayah... :-)

Anak-anak ibu, jangan jadi minah rempit yer...