Saturday, January 8, 2011

Semoga Bahagia Terus Menjadi Milikku...

Assalamualaikum...

Bersyukurku pada Allah S.W.T. kerana aku sekeluarga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik serta dapat menghirup udara segar 2011. Harapan aku sekeluarga agar kami dapat menempuh segala dugaan dan cabaran disepanjang 2011 dengan penuh kesabaran dan sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T. Semoga tahun ini kami dikurniakan rezeki mencurah2. Amin..

Diam tak diam dah seminggu kita di tahun baru. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. KakYong dah masuk tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang. Tahun lepas KakYong ditempatkan di 1 Maju(kelas ke-3), dan tahun ni KakYong ditukarkan ke 2 Cekal iaitu kedudukan kelas pertama dari 7 kelas. Maka bermulalah cabaran buat KakYong.


Begitu juga di Sekolah Agama, KakYong ditukarkan ke Kelas Muslim iaitu kelas ke-2 dari 6 kelas. Sebelum ini KakYong berada di kelas Al-Waqiah (kelas ke-3). Aku amat bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dikurniakan anak yang bijak. Doaku moga KakYong sentiasa mengekalkan prestasinya. Amin..

Dikelilingi oleh kawan2 yang bijak memberikan satu cabaran yang besar buat KakYong untuk mengekalkan prestasinya. Selalu aku berpesan pada KakYong, kedudukan dalam kelas tak penting. Yang penting adalah KakYong faham apa yang diajar dan boleh menjawab semua soalan yang diberikan oleh cikgu. Insya'Allah sebagai seorg ibu, aku yakin KakYong mampu berdepan dengan cabaran itu. Aku hanya mampu berdoa dan memberi galakan buat KakYong. Tentu sekali aku seboleh mungkin tidak mahu memberikan tekanan pada KakYong.

Tahun ni hanya aku je yang menemani Kakyong pada hari pertama persekolahannya. Hubby tak dapat ikut sebab sibuk dgn kerjanya. Takpelah sebab Kakyong pun dah tahun 2. Walaupun penat, tapi puas hati sebab dapat uruskan sendiri dari A-Z.

Pada tahun ni, jadual persekolahan Kakyong telah berubah. Sekolah Agama di sebelah pagi (bermula 7.45pg - 10.45pg). Manakala sebelah petang pula sekolah kebangsaan (1.40ptg-6.30ptg). So, aku nampak Kakyong pun keliru lagi dgn perubahan ini. Sebab apa aku cakap macam tu, kerana masa hari ke2 sekolah dia boleh nak pakai baju sekolah kebangsaan pada waktu pagi. hehehe..

Jadi inilah gambar KakYong pada hari pertama sekolah... layan jelah...



Mood ceria sebab semangat nak jumpa kawan2. Ni waktu pagi masa nak ke sekolah Agama.

Sebelum ibu balik, sempat lagi snap pic Kakyong dan kawannya.



Masa ni Kakyong dah nak balik. So, kena baca doa sebelum balik. Sempat lagi ibu curi2 snap pic.

Ini pula masa nak ke sekolah kebangsaan. Tetap maintain ceria. Sempat lagi berbisik "Ibu, Kakyong dah besar dah kan. Kakyong dah 8 tahun." Aku hanya tersenyum. Dalam hati aku berkata Kakyong baru je masuk 7 tahun 17 hari. Sebab baru je celebrate birthday bulan 11.


Bersama kawan baiknya, Marsya.