Tuesday, December 27, 2011

SAYA SAYANG DIA!

Selamat Hari Lahir Abang.
Tiada kata-kata yang indah selain dari doa dan pengharapan kepada Allah S.W.T. agar hidup abang sentiasa dibawah lindunganNYA, dirahmati dan diberkati olehNYA.
Semoga abang menjadi pemimpin yang terbaik kepada kami di dunia dan yang paling penting di akhirat yang kekal abadi.
SAYANG ABANG!!!

Friday, November 25, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Thursday, November 17, 2011

Selamat hari Ulangtahun Kak Yong



Entri ini khas buat anak ibu yang amat ibu sayangi. Nur Alia Syafiqah Mohd Arshad.

17 November 2003, 2.25 pagi di Hospital Taiping. Itulah tarikh keramat dalam hidup aku & hubby, pertama kali kami menatap wajah permata hati kami. Matanya yang redup kami tatap, kami belai dan peluk. Terlalu besarnya kurniaan dari Allah S.W.T. Bayi tersebut kami namakan Nur Alia Syafiqah.

Hari ini genap 8 tahun umur permata hati kami yang sulung. Sekejap saja masa berlalu. Melihat KakYong membesar didepan mata merupakan detik paling manis dan amat bermakna dalam hidup kami.

Buat KakYong, Ibu & ayah sentiasa mendoakan agar KakYong menjadi anak yang solehah, berjaya didunia dan Akhirat dan hidup KakYong sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. amin...

Tuesday, November 15, 2011

SAHABAT

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

Karena sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

p/s: Lagu sahabat ini adalah lagu tema bagi cerita Upin Ipin. Dan juga lagu kegemaran anak2 aku. Sehingga aku sendiri pun turut hafal lirik lagu ni.

*Si Comel berdua di atas tu adalah anak buah Mr. Hubby, geram aku tgk diaorang main... puas hati aku bila dapat snap gambar sikenit tu guna DSLR (maklumlah baru nak explore guna DSLR).

Thursday, October 20, 2011

60 tip segera dan ringkas untuk usahawan.

Posting kali ni adalah untuk rujukan diri sendiri... terimakasih kepada Tuan Mohd ZulFadli (SmartZul) atas perkongsian ini.

Baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa 'sedar' akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.

Tip ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tip. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, namun ia sengaja diringkaskan agar anda dapat membacanya dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.

1. Perlu jelas matlamat.

2. Ada buat perancangan.

3. Berusaha dengan cekal.

4. Baca buku selalu.

5. Belajar tanpa henti.

6. Bertindak dengan cepat.

7. Tidak mudah mengalah.

8. Berani hadapi risiko.

9. Fokus pada kekuatan.

10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri.

12. Gagal itu lumrah.

13. Utamakan yang utama.

14. Perlu jaga kesihatan.

15. Ambil sarapan pagi.

16. Tidur perlu cukup.

17. Bangun awal pagi.

18. Sentiasa bersangka baik.

19. Elakkan membazir masa.

20. Buat dengan betul.

21. Tunaikan solat fardhu.

22. Usaha perlu konsisten.

23. Perlu ada prinsip.

24. Latih disiplin diri.

25. Pakaian yang kemas.

26. Keinginan yang membara.

27. Tidak menundakan kerja.

28. Perlu ada mentor.

29. Bantu usahawan lain.

30. Urus aliran tunai.

31. Jaga kebajikan pekerja.

32. Doa adalah senjata.

33. Tawakal kepada ALLAH.

34. Zikir adalah penawar.

35. Pilih untuk berjaya.

36. Bangkit dari gagal.

37. Bersedekah dengan ikhlas.

38. Tunaikan zakat perniagaan.

39. Berani berkata TIDAK.

40. Tenang menerima kritikan.

41. Maafkan sesiapa sahaja.

42. Hidup perlu diteruskan!

43. Sertai kursus berkaitan.

44. Elakkan dari riba.

45. Kenali potensi diri.

46. Tambah kawan baru.

47. Malu perlu bertempat.

48. Fokus pada jualan.

49. Belajar ilmu komunikasi.

50. Menulis dengan baik.

51. Tidak ulangi kesilapan.

52. Baca kisah kejayaan.

53. Pelbagaikan sumber pendapatan.

54. Pantau perkembangan bisnes.

55. Ada simpanan kecemasan.

56. Hargai para penyokong.

57. Layan pelanggan sebaiknya.

58. Rekodkan maklumat pelanggan.

59. Promosi, promosi, promosi.

60. Baik biar berpada.

p/s : Tuan Mohd Zulfadli adalah co-founder Educattic Mind. Suka sangat dengan orang seperti mereka ini yang bermotivasi tinggi untuk berjaya.

Friday, September 9, 2011

Sabarlah Wahai Hati....

Assalamualaikum..

Hari ni genap 11 hari kita di bulan Syawal. Bermakna dah 11 hari Ramadhan tinggalkan kita. kejap je kan masa berlalu. Hari ni juga hampir seminggu aku berdepan dengan saki gigi.. almaklumlah, dah tua2 baru gigi geraham yang paling bongsu nak keluar. Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Tembam sebelah pipi aku. Dapat sekali dengan pakej.. DEMAM... Subhanallah.. Hilang nikmat makan... dah la raya, macam-macam makanan ada. Tapi aku hanya mampu pandang je... kesian..

Aku rasa, sakit nak bersalin 3 orang puteri tu aku boleh tahan. Tapi bila sakit gigi ni boleh buat air mata aku mengalir.. Nasib baik Mr. Hubby setia melayan.. masak makanan untuk aku... Setelah seminggu, hari ni tumpah juga air mataku. Kenapa aku menangis?

PERTAMA, aku bayangkan macam nilah rasanya orang yang nak makan tetapi tak boleh langsung nak makan. Waima sebutir nasi pun payah nak dikunyah... betul2 hilang nikmat makan tu.. kalau Allah nak tarik nikmat tu sekejap je kan..

KEDUA, aku rasa insaf. Betapa kerdilnya aku disisi Allah S.W.T. Sehingga aku berdoa, Ya Allah, sekiranya sakit ini adalah salah satu cara untuk Kau hapuskan dosa2ku, aku redha. Agar, bila tiba masanya untukku menjadi tetamu Mu, jiwa ragaku berada dalam keadaan yang bersih.

KETIGA, aku terharu dengan kesabaran Mr. Hubby melayanku dan mengesat air mata yang mengalir di pipi. Disaat begini, dia sentiasa disisi melayanku. Menyuapkan ubat untukku, walaupun sebenarnya aku boleh lakukan sendiri.. (mengada2 je yg lebih).

Tak tahulah bila kesakitan ini akan berlalu pergi. Selepas cuti raya, sambung pula dengan 2 hari MC. Aku hanya bertahan dengan pain killer. Minggu depan ada temujanji dengan dentist, tak taulah dia nak buat apa.

Hanya yang boleh aku katakan, AKU REDHA,,, sabarlah wahai hati...

p/s : Nasib baik 3 puteriku memahami kesakitan yang ku tanggung. Bila diaorang tanya, "Ibu dah Okay?"; Itu sudah cukup meredakan kesakitanku...

Saturday, August 27, 2011

Selamat Tinggal Ramadhan...

Assalamualaikum.

Sedar-sedar kita dah dipenghujung Ramadhan. Sedih pula bila fikirkan bulan yang penuh keberkatan ini beransur-ansur akan meninggalkan kita.

Alhamdulillah, disepanjang Ramadhan ini pelbagai perkara yang berlaku. Syukur diatas rahmatNya kerana masih memberi peluang padaku untuk beribadat pada Ramadhan kali ini. Semoga Allah panjangkan umur kita supaya dapat sekali lagi menikmati keindahan Ramadhan di tahun hadapan.

Rasanya Ramadhan kali ini betul-betul memberi seribu kerahmatan pada aku dan tak dapatku ungkapkan betapa bersyukur dan gembiranya aku dan mungkin juga teman-teman seperjuanganku. Hanya kata-kata syukur sahaja yang mampu kami luahkan... Inilah masa yang kami tunggu-tunggu sebenarnya... memang benar, doa orang-orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah..

Dan bagi aku sendiri, bulan ini adalah bulan rezeki. Alhamdulillah.. Selain daripada jual kerepek seperti tahun2 lepas, aku juga menjual tungku moden/bantal panas yang sememangnya mendapat sambutan hangat. Bagiku ini adalah rezeki anak-anak. Syukur Alhamdulillah... dan berkatRamadhan kali ini juga aku dapat bina satu lagi kedai online yang menjual pakaian muslimah iaitu aliashop. Sudi2lah singgah yer...

Tahun ini aku beraya di kampung Mr. hubby. Insya'allah petang nanti kami akan berangkat pulang ke Negeri Sembilan. Raya ke 3 baru beraya dikampung aku di Batu Kurau. Tunggu ye mak.. rindu betul kat mak dikampung.

Harap-harap perjalanan kami berjalan lancar. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin. Kepada pelanggan2ku terima kasih kerana sudi membeli di kedai online ku ini. Kepada yang akan pulang ke kampung berhati2 dijalan raya dan ingatlah orang yg tersayang.

Assalamualaikum.