Tuesday, December 27, 2011

SAYA SAYANG DIA!

Selamat Hari Lahir Abang.
Tiada kata-kata yang indah selain dari doa dan pengharapan kepada Allah S.W.T. agar hidup abang sentiasa dibawah lindunganNYA, dirahmati dan diberkati olehNYA.
Semoga abang menjadi pemimpin yang terbaik kepada kami di dunia dan yang paling penting di akhirat yang kekal abadi.
SAYANG ABANG!!!

Friday, November 25, 2011

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Thursday, November 17, 2011

Selamat hari Ulangtahun Kak Yong



Entri ini khas buat anak ibu yang amat ibu sayangi. Nur Alia Syafiqah Mohd Arshad.

17 November 2003, 2.25 pagi di Hospital Taiping. Itulah tarikh keramat dalam hidup aku & hubby, pertama kali kami menatap wajah permata hati kami. Matanya yang redup kami tatap, kami belai dan peluk. Terlalu besarnya kurniaan dari Allah S.W.T. Bayi tersebut kami namakan Nur Alia Syafiqah.

Hari ini genap 8 tahun umur permata hati kami yang sulung. Sekejap saja masa berlalu. Melihat KakYong membesar didepan mata merupakan detik paling manis dan amat bermakna dalam hidup kami.

Buat KakYong, Ibu & ayah sentiasa mendoakan agar KakYong menjadi anak yang solehah, berjaya didunia dan Akhirat dan hidup KakYong sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. amin...

Tuesday, November 15, 2011

SAHABAT

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia

Karena sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia

p/s: Lagu sahabat ini adalah lagu tema bagi cerita Upin Ipin. Dan juga lagu kegemaran anak2 aku. Sehingga aku sendiri pun turut hafal lirik lagu ni.

*Si Comel berdua di atas tu adalah anak buah Mr. Hubby, geram aku tgk diaorang main... puas hati aku bila dapat snap gambar sikenit tu guna DSLR (maklumlah baru nak explore guna DSLR).

Thursday, October 20, 2011

60 tip segera dan ringkas untuk usahawan.

Posting kali ni adalah untuk rujukan diri sendiri... terimakasih kepada Tuan Mohd ZulFadli (SmartZul) atas perkongsian ini.

Baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa 'sedar' akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.

Tip ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tip. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, namun ia sengaja diringkaskan agar anda dapat membacanya dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.

1. Perlu jelas matlamat.

2. Ada buat perancangan.

3. Berusaha dengan cekal.

4. Baca buku selalu.

5. Belajar tanpa henti.

6. Bertindak dengan cepat.

7. Tidak mudah mengalah.

8. Berani hadapi risiko.

9. Fokus pada kekuatan.

10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri.

12. Gagal itu lumrah.

13. Utamakan yang utama.

14. Perlu jaga kesihatan.

15. Ambil sarapan pagi.

16. Tidur perlu cukup.

17. Bangun awal pagi.

18. Sentiasa bersangka baik.

19. Elakkan membazir masa.

20. Buat dengan betul.

21. Tunaikan solat fardhu.

22. Usaha perlu konsisten.

23. Perlu ada prinsip.

24. Latih disiplin diri.

25. Pakaian yang kemas.

26. Keinginan yang membara.

27. Tidak menundakan kerja.

28. Perlu ada mentor.

29. Bantu usahawan lain.

30. Urus aliran tunai.

31. Jaga kebajikan pekerja.

32. Doa adalah senjata.

33. Tawakal kepada ALLAH.

34. Zikir adalah penawar.

35. Pilih untuk berjaya.

36. Bangkit dari gagal.

37. Bersedekah dengan ikhlas.

38. Tunaikan zakat perniagaan.

39. Berani berkata TIDAK.

40. Tenang menerima kritikan.

41. Maafkan sesiapa sahaja.

42. Hidup perlu diteruskan!

43. Sertai kursus berkaitan.

44. Elakkan dari riba.

45. Kenali potensi diri.

46. Tambah kawan baru.

47. Malu perlu bertempat.

48. Fokus pada jualan.

49. Belajar ilmu komunikasi.

50. Menulis dengan baik.

51. Tidak ulangi kesilapan.

52. Baca kisah kejayaan.

53. Pelbagaikan sumber pendapatan.

54. Pantau perkembangan bisnes.

55. Ada simpanan kecemasan.

56. Hargai para penyokong.

57. Layan pelanggan sebaiknya.

58. Rekodkan maklumat pelanggan.

59. Promosi, promosi, promosi.

60. Baik biar berpada.

p/s : Tuan Mohd Zulfadli adalah co-founder Educattic Mind. Suka sangat dengan orang seperti mereka ini yang bermotivasi tinggi untuk berjaya.

Friday, September 9, 2011

Sabarlah Wahai Hati....

Assalamualaikum..

Hari ni genap 11 hari kita di bulan Syawal. Bermakna dah 11 hari Ramadhan tinggalkan kita. kejap je kan masa berlalu. Hari ni juga hampir seminggu aku berdepan dengan saki gigi.. almaklumlah, dah tua2 baru gigi geraham yang paling bongsu nak keluar. Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Tembam sebelah pipi aku. Dapat sekali dengan pakej.. DEMAM... Subhanallah.. Hilang nikmat makan... dah la raya, macam-macam makanan ada. Tapi aku hanya mampu pandang je... kesian..

Aku rasa, sakit nak bersalin 3 orang puteri tu aku boleh tahan. Tapi bila sakit gigi ni boleh buat air mata aku mengalir.. Nasib baik Mr. Hubby setia melayan.. masak makanan untuk aku... Setelah seminggu, hari ni tumpah juga air mataku. Kenapa aku menangis?

PERTAMA, aku bayangkan macam nilah rasanya orang yang nak makan tetapi tak boleh langsung nak makan. Waima sebutir nasi pun payah nak dikunyah... betul2 hilang nikmat makan tu.. kalau Allah nak tarik nikmat tu sekejap je kan..

KEDUA, aku rasa insaf. Betapa kerdilnya aku disisi Allah S.W.T. Sehingga aku berdoa, Ya Allah, sekiranya sakit ini adalah salah satu cara untuk Kau hapuskan dosa2ku, aku redha. Agar, bila tiba masanya untukku menjadi tetamu Mu, jiwa ragaku berada dalam keadaan yang bersih.

KETIGA, aku terharu dengan kesabaran Mr. Hubby melayanku dan mengesat air mata yang mengalir di pipi. Disaat begini, dia sentiasa disisi melayanku. Menyuapkan ubat untukku, walaupun sebenarnya aku boleh lakukan sendiri.. (mengada2 je yg lebih).

Tak tahulah bila kesakitan ini akan berlalu pergi. Selepas cuti raya, sambung pula dengan 2 hari MC. Aku hanya bertahan dengan pain killer. Minggu depan ada temujanji dengan dentist, tak taulah dia nak buat apa.

Hanya yang boleh aku katakan, AKU REDHA,,, sabarlah wahai hati...

p/s : Nasib baik 3 puteriku memahami kesakitan yang ku tanggung. Bila diaorang tanya, "Ibu dah Okay?"; Itu sudah cukup meredakan kesakitanku...

Saturday, August 27, 2011

Selamat Tinggal Ramadhan...

Assalamualaikum.

Sedar-sedar kita dah dipenghujung Ramadhan. Sedih pula bila fikirkan bulan yang penuh keberkatan ini beransur-ansur akan meninggalkan kita.

Alhamdulillah, disepanjang Ramadhan ini pelbagai perkara yang berlaku. Syukur diatas rahmatNya kerana masih memberi peluang padaku untuk beribadat pada Ramadhan kali ini. Semoga Allah panjangkan umur kita supaya dapat sekali lagi menikmati keindahan Ramadhan di tahun hadapan.

Rasanya Ramadhan kali ini betul-betul memberi seribu kerahmatan pada aku dan tak dapatku ungkapkan betapa bersyukur dan gembiranya aku dan mungkin juga teman-teman seperjuanganku. Hanya kata-kata syukur sahaja yang mampu kami luahkan... Inilah masa yang kami tunggu-tunggu sebenarnya... memang benar, doa orang-orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah..

Dan bagi aku sendiri, bulan ini adalah bulan rezeki. Alhamdulillah.. Selain daripada jual kerepek seperti tahun2 lepas, aku juga menjual tungku moden/bantal panas yang sememangnya mendapat sambutan hangat. Bagiku ini adalah rezeki anak-anak. Syukur Alhamdulillah... dan berkatRamadhan kali ini juga aku dapat bina satu lagi kedai online yang menjual pakaian muslimah iaitu aliashop. Sudi2lah singgah yer...

Tahun ini aku beraya di kampung Mr. hubby. Insya'allah petang nanti kami akan berangkat pulang ke Negeri Sembilan. Raya ke 3 baru beraya dikampung aku di Batu Kurau. Tunggu ye mak.. rindu betul kat mak dikampung.

Harap-harap perjalanan kami berjalan lancar. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin. Kepada pelanggan2ku terima kasih kerana sudi membeli di kedai online ku ini. Kepada yang akan pulang ke kampung berhati2 dijalan raya dan ingatlah orang yg tersayang.

Assalamualaikum.

Tuesday, August 2, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN KAREEM AL MUBARAK 1432H

Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan


Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya'ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan.


"Wahai manusia!


Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.
Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.
Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah 'Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia!


Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.
Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.


Wahai manusia!


Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.


Wahai manusia!


Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia!


Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.


Wahai manusia!


Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu'.
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.
Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.
Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.
Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.
Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.
Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga." [HR Ibnu Khuzaimah]


p/s: Terima kasih Kak Zai atas perkongsian ilmu ini.
Sama2lah kita rebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan ini dan semoga Ramadhan kali ini akan menjadikan kita lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T. Amin...

Thursday, July 28, 2011

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



p/s : Lirik lagu Harapan Ramadhan (Man Bai dan Raihan).
"Ya, Allah. Aku mohon padaMu agar Ramadhan kali ini dapatku beribadat sebanyak mungkin kerana aku belum pasti adakah aku masih disini pada Ramadhan akan datang ."

Saturday, July 23, 2011

Nak Jadi Ustazah Kena Pandai Bahasa Arab

Suatu pagi yang indah...

Aku tengah bersiap untuk ke tempat kerja. Hari tu aku pakai baju ala2 jubah. KakYong yang baru keluar dari bilik air terus tegur aku.

Kakyong : Eh! Ibu, cantiklah baju ibu.
Ibu : A'ah kan Kakyong. Ibu ni kan nak jadi ustazah..
Kakyong : Ibu mana boleh jadi ustazah... Bahasa Arab pun tak pandai.
Ibu : ?????

Friday, July 22, 2011

Farewell Kak Ain (Sahabat P6 KL Sentral)

Assalamualaikum


Semalam kitaorg sahabat P6 KL Sentral adakan farewell untuk Kak Ain yang bakal berpindah ke Putrajaya. Setelah perbincangan diadakan, kami bersetuju untuk mengadakan jamuan makan-makan di Secret Recipe, KL Sentral.

Q: Mengapa pilih KL Sentral?

A: Kerana itu adalah simbolik dimana disitulah tempat pertemuan dan perpisahan kami.

Q: Kenapa dinamakan group P6 KL Sentral?

A: Kerana kami semua bertemu dan berkenalan di Platform 6 (platform komuter ke Seremban). Bermula hanya sekadar senyuman dan akhirnya membuahkan kemesraan, walaupun berlainan tempat dan berlainan kerjaya.


Lihatlah betapa kecohnya kami bila berjumpa. Moga hubungan silaturrahim kami kekal hingga ke hujung nyawa. Amin...







Antara menu yang kami order.

Happy together...





Ini Puan Presiden kami. Amboi Kak Mimi, betul2 menikmati makanan nampaknya. Nanti boleh ganti Za untuk jadi Duta Secret Recipe.





Inilah bendahari kami. tengah sibuk kira duit...hehehe



Kecoh hingga ke platform 6. Ini time tunggu train datang. Sanggup lepaskan train ETS semata-mata menemani Yana. Train ETS tak berhenti di Batang Benar. Yana, baik kan kakak-kakak ni. :-)












Ini pula adalah rakaman video kami. Memang Kecoh!




Semoga hubungan kami sentiasa di Berkati Allah S.W.T.


SAYANG SEMUA!!!



Monday, July 18, 2011

Siapa Paling Kuat Dan Hebat??

Suatu hari ketika melalui bilik, terdengar kakyong dan kakngah berbual.

KakYong : "KakNgah, kita kaya tak?
KakNgah : "Kaya"
KakYong : "Tak..salah jawapan tu."
KakNgah : "Habis tu siapa yang kaya, Kakyong?"
KakYong : "Allah yang Maha Kaya."
.....
...
..
.


Suatu hari yang lain pula, terdengar lagi 2 beradik ni berbual.

KakYong : "KakNgah, kita kaya tak?"
KakNgah : "Tak."
KakYong : "Habis tu, siapa yang kaya?"
KakNgah : "ALLAH"
KakYong : "Siapa yang kuat dan hebat?"
KakNgah : "ALLAH"
KakYong : "Siapa yang mencipta kita?"
KakNgah : "ALLAH"
KakYong : "Al-Quran diturunkan kepada Nabi apa?"
KakNgah : "Nabi Muhammad."

Si ibu ni pun menyampuk la... "Pandailah KakYong, macamnilah kakak yang baik. selalu ajar adik. Mana kakyong tahu semua ni?"
KakYong : "KakYong baca buku Tauhidlah bu. Nanti kalau kakyong baca lagi, Kakyong bagitau kakngah."


p/s: Bagitau kat Mr. Hubby, dia cakap "Sejuk hati abang mendengarnya". Tersenyum sendiri sebab kalau seorang ibu mesti cakap "Sejuk perut ibu mengandungkan dia."

Friday, July 15, 2011

Mari Kita Ke Klinik Gigi


Assalamualaikum..

Ini adalah entry tertunda. Kejadian berlaku pada Jumaat 8 Julai 2011 (4.00 p.m). Kami bawa anak2 ke klinik gigi di Klinik Kesihatan Semenyih. Ini adalah kali ke 2 lawatan ke klinik gigi. Kali pertama pada bulan Mac 2011.

Sebab2 ke klinik gigi adalah kerana 2 batang gigi depan kakngah dah rosak. Kesian tengok dia menahan sakit. Buat appoinment dengan klinik gigi di Hospital Annur Bangi (panel opis aku) semua full. So, tak nak tunggu lama kami pegilah ke klinik kesihatan.






KakNgah cool je kali ni. Kagum sebab bila kena suntik, dia sikit pun tak menangis dan tak berkerut pun dahi dia. Ayah dia yang risau, tak sampai hati nak tengok. Kali pertama dtg klinik ni dulu, kakngah langsung tak nak duduk dikerusi tu. Siap bagi arahan kat doktor, "KakNgah tak nak itu, itu, ini, kakngah tak nak gunting!" sambil jari dia menunding ke arah meja yg terdapat segala peralatan utk cabut gigi.




So, dalam masa 3 bulan aku dah brain wash dia. tak nak bagi dia takut pegi klinik gigi. Agaknya mungkin gigi dia dah sakit sangat kot. sebab tu dia lagi rela cabut gigi tu.





Kakngah, selepas disuntik dengan ubat kebas. Masih boleh tersenyum.







Selepas kehilangan gigi 2 batang. Juga masih boleh tersenyum






Kakngah, selepas beberapa hari kehilangan 2 batang gigi depan. sudah boleh tersenyum ceria. Dia cakap "Kakngah tak sabar nak tunggu gigi kekal tumbuh, nanti gigi kakngah dah cantiklah ibu kan.."



Ini pulak adik. Dia ok jer bila nurse nak tgk gigi dia. Gigi adik cantik, sebab tak ada yg rosak.



Adik dengan senyumannya yang manis.



Ini adalah Kakyong, gambar ini diambil pada bulan Mac 2011. Masa ni gigi kakyong dah goyang. Sebab tu pegi klinik. tak nak simpan lama2 nanti gigi berlapis. Tak cantik.


p/s: Pastikan anak anda gosok gigi sebelum tidur. selepas minum susu, pastikan dia berkumur dahulu sebelum masuk tidur dan jangan biarkan dia menggonggong botol susu kerana ini boleh menyebabkan gigi anak anda rosak. Ini yang terjadi pada Kakngah. dia tak boleh tidur tanpa botol susu dimulutnya. Alhamdulillah lepas kena cabut gigi, kakngah dah tak minum susu guna botol lagi. Ada hikmah rupanya...

Wednesday, July 13, 2011

Lirik Lagu Tema Imam Muda-Hambamu



Ke arah satu perjalanan

Dalam sebuah kehidupan

Demi untuk mengecapi

Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa itu,

Masanya akan tiba

Dengan restu Illahi

Kelak pasti akan ditemui



Suluhkan cahaya hati di terang

Tunjukkan jalan

Seandainnya hilang

Tegakkan perjalanan

Yang bakal ditempuh



Tegakkan semangat bila runtuh,

Setibanya disisimu ku berserah,

Terimalah aku

Hamba mu Allah


Owh ho owh ho

Hambamu Allah…..


Sekiranya takdir menguji

Cekalkan hasrat dihati

Semoga kesusahan bisa

Mengajar erti terus azam



Usaha dengan doa itu,

Masanya akan tiba

Dengan restu Illahi

Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya hati di terang

Tunjukkan jalan

Seandainnya hilang

Tegakkan perjalanan


Yang bakal ditempuh


Tegakkan semangat bila runtuh,

Setibanya disisimu ku berserah,

Terimalah aku

Hamba mu Allah



P/S :- Lagu ni adalah lagu kesukaan Mr. Hubby. Dia tak miss tengok Rancangan Imam Muda. Aku tak penah dengar betul-betul lirik dia. Bila dengar pagi tadi kat radio IKIM, memang best rupanya lirik dia. Sebagai motivasi untuk diri sendiri. Patutlah Mr. Hubby suka. Siap suruh download ke hp dia. So, lagu ini istimewa buat Mr. Hubby yang tercinta.

Tuesday, June 28, 2011

9 GOLONGAN ORANG YANG SEMBAHYANG

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Masya-Allah.. tanak masuk golongan nih.. plg menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
astaghfirullah.. rase kerdil..


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

nota kaki : Terima kasih kepada penulis artikel ini yang tidakku ketahui siapa gerangan. Artikel ini telah di foward oleh dikno pada aku. Moga Allah memberkati usaha penulis artikel ini. Sama-samalah kita memperbaiki solat kita supaya dapat berada diperingkat yang lebih baik dan berkualiti. Amin...


"Ya Allah Bantulah Aku Untuk Mencari KeredhaanMu"

Sunday, June 19, 2011

Kad Laporan Kak Yong

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Semalam aku bawa anak2 pegi sekolah KakYong, ambil kad laporan. En. hubby balik kampung (seperti biasa 2 minggu sekali dia akan balik kampung sebab tolong ayah dia ambil sawit). Aku dan anak2 tak ikut sebab minggu lepas dah balik kampung. Nasib baik tak ikut balik kampung, petang Jumaat tu baru tahu semua ibu bapa kena pergi sekolah ambil kad laporan.

Disebabkan En. Hubby tak ada, aku pergi lewat sikit ke sekolah KakYong. Takut pergi awal-awal nanti tak ada parking.So, pukul 11pg baru keluar rumah. Sampai sekolah dah tak ramai sangat ibu bapa. Mungkin ramai yang dah datang awal. Aku pun tak payah tunggu lama. Terus jumpa guru kelas KakYong, Puan Aizabi.

Inilah result KakYong bagi peperiksaan pertengahan tahun yang lepas.

Semua A kecuali subjek Matematik. Menurut cikgu, dalam kelas KakYong hanya 2 orang je yang dapat A bagi subjek Matematik. Sebab soalan yang dibuat oleh PPD telah melebihi topik yang diajar oleh cikgu. Cikgu sempat ajar topik baru tu seminggu sebelum peperiksaan bermula. Dan cikgu sendiri akui soalan-soalan tersebut agak sukar.

Aku pun tak salahkan KakYong, bila tengok soalan Matematik tu memang agak sukar. Tapi sekurang-kurangnya kedudukan dalam kelas dia bukanlah yang tercorot. Kedudukan dia yang ke 15 dari 32 orang. Dan kedudukan keseluruhan pula 22 dari 222 orang. Alhamdulillah.

Ni adalah ujian bulanan KakYong. Semua A.
Bila KakYong tanya markah macam mana nak bagi dapat no 1, aku cuma jawab KakYong kena dapat 100% lah. Sebab budak2 sekarang ni semua cerdik2 belaka sebab tu saingannya sengit.

Tuesday, June 7, 2011

Kesilapan Dalam Mendidik Anak-Anak

Untuk dikongsi bersama. Kadang-kadang kita leka/lupa atau mungkin kita ingat cara kita mendidik anak-anak kita tu betul.


Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun,64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )


1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 :8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.


2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur


3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.


5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani


6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.


8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
*Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.


9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam , beribadah berjemaah, makan bersama-sama, dsb.
*Dalam menjawab salam , lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.


10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
*Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.


11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
*Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.


12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak.
*Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.


13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
*Ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.


14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
*Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.


15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
*Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


p/s: Terima kasih pada adikku, Nor Aizah Ali Musa (Dikno) atas info yang diberikan.




















Terima Kasih Ya Allah!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Ini hanya ujian kecil dari Allah. Itulah kata hatiku... mungkin kata hati ini hanya untuk menghilangkan keresahan hati. Tak mengapa. Yang penting ia dapat memujuk hati ini untuk sabar dan redha atas ujian dan dugaan dariNya.

Dalam minggu ni, aku diuji berganda. Pertama, dah 3 hari adik demam.Termasuk hari ni, adik masih demam. Yang peliknya, siang suhu badan taklah tinggi. Bila malam, suhu badan adik naik. Hingga ke pagi aku berjaga seorang diri.Aku hanya mampu berdoa... lebih2 lagi waktu adik demam mr. hubby balik kg. Nasib baik hari Ahad mr. hubby dah balik sini.

Pagi ni, aku bersiap nak gi kerja macam biasa. Tapi bila tengok suhu bdn adik cam tak ok jer.. terus batalkan niat ke opis. Risau aku nak tinggalkan adik. Niat hati nak ajak mr. hubby bawa adik ke klinik. Ubat yang ada pun dah habis.

Dugaan ke2 bermula. Bila nak panaskan ejen kereta, langsung tak berfungsi. Macam dah habis bateri je kereta ni. Aik, genap2 setahun usia kereta ni. Tak kanlah buat hal. rupa2nya mmg bateri dah habis... duit lagi... baru je minggu lepas balik Taiping... memang lari budget.. Aku jadi tenang bila tengok mr. hubby juga tenang.. kalau dulu, dia cepat tension bila ada je masalah yang tak diduga seperti ini. Alhamdulillah...

Ada hikmahnya semua yang berlaku. Aku patut bersyukur, sebab bateri tu habis masa kat rumah. Macam mana kalau terjadi masa aku drive kat luar? Tak ke susah...

Kepada adik, ibu doakan adik lekas sembuh ye... Jangan buat ayah dan ibu risau... SAYANG ADIK!!!

Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah. aku redha atas segala ujian yang Kau berikan pada aku sekeluarga...


YA ALLAH, BANTULAH AKU UNTUK MENCARI KEREDHAANMU!

Sunday, June 5, 2011

Sikit tidak mengapa janji berkat!

Assalamualaikum...

Bisnes Affiliate?? Ada org tag nama aku kat facebook pasal bisnes ni. Apa jenis bisnes tu yer?? ohh... login facebook dapat duit rupanya... hmmm... kalau dengar macam best.

Tapi apa hukumnya bisnes ni? dan dari mana sumber duitnya... tak naklah aku kalau ia dari sumber yang meragukan... tak kaya pun takpe lah... janji duit yang aku dapat tu berkat..

So, aku pun gi tanyalah kat En. Google... jumpa info kat sini dalam blog Ustaz Zaharuddin. Rajin2lah membacanya.

Kat bawah ni, aku copy kesimpulan dari Ustaz Zaharuddin :-

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Ada yang menghantar email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil semula.

Taubat boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima taubat kita.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)


Oleh yang demikian, fikir2kan lah... memang seronok kalau dapat duit banyak dan tak putus2 pula tu. Tapi kalau caranya tak betul dan rezekinya tidak berkat, LEBIH BAIK BERSEDERHANA TETAPI SENTIASA DIBERKATI.. Dunia ini hanya sementara, Akhirat sana yang kekal abadi...


YA ALLAH, BANTULAH AKU UNTUK MENCARI KEREDHAANMU!

Tuesday, May 17, 2011

Bagaimana jika ia terjadi pada aku??....

Sebenarnya aku ni amat jarang buka FB. Lepas maghrib tadi sempatlah aku masuk fb sekejap. Tiba2 hati aku tersentap dengan status sahabat aku. "100 hari tanpa afeq disisi..." Ya Allah! betapa aku tak tahu langsung perkembangan terkini kawan2 aku. Rupa2nya aku telah terlepas pandang statusnya yg sebelum ini. aku view semula semua status2 dia. Dah 3 bulan dia kehilangan permata hatinya Muhammad Danish Syafeeq 2 tahun. Punca kematian adalah disebabkan masalah jantung sejak lahir. Itu pun tahu setelah post moterm dilakukan. Betapa kuatnya adik afeq melawan sakitnya sehingga mama dia pun tak tahu dia mengalami masalah jantung.

Al Fatihah buat adik Afeq. Sesungguhnya syurga sudah pasti menjadi tempat anakanda dan damailah anakanda disana.... Semoga sahabatku Nurrull Ilzamalhana dan keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T.

Sayunya hati aku... usia adik afeq sebaya dengan anak kecilku Nur Alia Syaqila. Mengalir air mata. Bagaimana jika aku diuji sedemikian.. na'uzubillah... ku renung ketiga-tiga permata hatiku yang sedang tidur. Satu persatu wajah anak-anak aku perhatikan. Sungguh! Aku tak sanggup kehilangan mereka. Ya Allah, kau berikanlah kesihatan yang baik kepada anak-anakku,panjangkan umur mereka dan murahkanlah rezeki mereka serta Kau peliharalah anak-anakku dari sebarang mala petaka.












Saturday, May 7, 2011

Rindu Kat Mak...



Selamat Hari Ibu buat mak yang tersayang.

Sesungguhnya mak adalah insan yang paling istimewa dalam hidupku. Kalau nak dibalas segala pengorbanan mak, memang tak terbalas... Sungguh! tak mampu untuk ku balas.

Kalau dibukukan pun kisah hidup mak, dengan segala penat lelahnya, perit hidupnya membesarkan aku adik-beradik semenjak ketiadaan ayah 22 tahun yang lalu, memang tak tertulis....

Hanya yang mampu aku katakan yang aku terlalu sayang pada mak dan aku sentiasa rindukan mak. Kalau boleh aku ingin selalu berada dekat dengan mak supaya aku boleh sentiasa menatap wajah lembut mak... wajah seorang ibu yang tak pernah mengeluh dan sentiasa tabah menghadapi rintangan untuk membesar kami semua...

Hanya doa yang selalu aku panjatkan pada Ilahi agar mak sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan sentiasa berada di bawah RahmatNya.. amin..


SAYANG MAK!!!!







Mak bersama dengan cucu2nya yang nakal... (suka sangat pic ni)


p/s: Buat ibu, mama, umi, mami dan apa saja panggilan sekalipun SELAMAT HARI IBU! Siapalah kami tanpa kalian...

Wednesday, February 2, 2011

Jom Balik Kampung

Assalamualaikum...

Minggu ni mesti ramai yang bercuti. Lebih2 lagi kalau yang berkerja di Wilayah Persekutuan. Sebab 1hb pun cuti gak.Ambil cuti 2 (Isnin & Rabu) je dah dapat seminggu. Wow! best tu.

Hari ni pun opis sunyi sepi. Ramai yang bercuti. Aku je yang tak nak amik cuti.. hehehe..minggu ni jer. minggu depan seminggu aku bercuti... tak nak ambil cuti konon... hmm kuranglah cuti tahunan aku mcm ni.

Disebabkan ada urusan yg tak dpt nak dielakkan, aku terpaksa ambil cuti lama. So, kakyong pun terpaksa diberi cuti jugak. Kenalah aku tulis surat cinta kat cikgu kelas sekolah kebangsaan & sekolah agama. Minggu lepas lagi aku dah bagi surat tu.

Kakyong cakap, kat sekolah agama Ustaz dia panggil dan tanya kenapa dia cuti lama & balik kampung? Kakyong jawab "Ibu saya ada urusan kat kampung ustaz, tapi saya tak tahu urusan apa."

Hahaha.. memamg aku selalu cakap kat dia balik kampung ni ada hal nak diuruskan. Tapi budak kan, manalah dia faham apa benda yang nak diuruskan tu. Budak kecik ni mmg jujur kan..kalau aku cerita habis ni, mesti kakyong bagi tau kat ustaz juga ni.

So, aku dah check traffic kat website ni http://llmtrafik.gov.my/ . Nampaknya setakat ini jalan ke utara perjalanannya lancar. Tak taulah tengah malam nanti.


Doakanlah aku selamat pulang ke Taiping dan selamat balik semula ke Kajang. Tak lupa juga nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada ke kengkawan yang berbangsa Cina. Selamat bercuti. :-)

Saturday, January 8, 2011

Semoga Bahagia Terus Menjadi Milikku...

Assalamualaikum...

Bersyukurku pada Allah S.W.T. kerana aku sekeluarga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik serta dapat menghirup udara segar 2011. Harapan aku sekeluarga agar kami dapat menempuh segala dugaan dan cabaran disepanjang 2011 dengan penuh kesabaran dan sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T. Semoga tahun ini kami dikurniakan rezeki mencurah2. Amin..

Diam tak diam dah seminggu kita di tahun baru. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. KakYong dah masuk tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi Kajang. Tahun lepas KakYong ditempatkan di 1 Maju(kelas ke-3), dan tahun ni KakYong ditukarkan ke 2 Cekal iaitu kedudukan kelas pertama dari 7 kelas. Maka bermulalah cabaran buat KakYong.


Begitu juga di Sekolah Agama, KakYong ditukarkan ke Kelas Muslim iaitu kelas ke-2 dari 6 kelas. Sebelum ini KakYong berada di kelas Al-Waqiah (kelas ke-3). Aku amat bersyukur pada Allah S.W.T. kerana dikurniakan anak yang bijak. Doaku moga KakYong sentiasa mengekalkan prestasinya. Amin..

Dikelilingi oleh kawan2 yang bijak memberikan satu cabaran yang besar buat KakYong untuk mengekalkan prestasinya. Selalu aku berpesan pada KakYong, kedudukan dalam kelas tak penting. Yang penting adalah KakYong faham apa yang diajar dan boleh menjawab semua soalan yang diberikan oleh cikgu. Insya'Allah sebagai seorg ibu, aku yakin KakYong mampu berdepan dengan cabaran itu. Aku hanya mampu berdoa dan memberi galakan buat KakYong. Tentu sekali aku seboleh mungkin tidak mahu memberikan tekanan pada KakYong.

Tahun ni hanya aku je yang menemani Kakyong pada hari pertama persekolahannya. Hubby tak dapat ikut sebab sibuk dgn kerjanya. Takpelah sebab Kakyong pun dah tahun 2. Walaupun penat, tapi puas hati sebab dapat uruskan sendiri dari A-Z.

Pada tahun ni, jadual persekolahan Kakyong telah berubah. Sekolah Agama di sebelah pagi (bermula 7.45pg - 10.45pg). Manakala sebelah petang pula sekolah kebangsaan (1.40ptg-6.30ptg). So, aku nampak Kakyong pun keliru lagi dgn perubahan ini. Sebab apa aku cakap macam tu, kerana masa hari ke2 sekolah dia boleh nak pakai baju sekolah kebangsaan pada waktu pagi. hehehe..

Jadi inilah gambar KakYong pada hari pertama sekolah... layan jelah...



Mood ceria sebab semangat nak jumpa kawan2. Ni waktu pagi masa nak ke sekolah Agama.

Sebelum ibu balik, sempat lagi snap pic Kakyong dan kawannya.



Masa ni Kakyong dah nak balik. So, kena baca doa sebelum balik. Sempat lagi ibu curi2 snap pic.

Ini pula masa nak ke sekolah kebangsaan. Tetap maintain ceria. Sempat lagi berbisik "Ibu, Kakyong dah besar dah kan. Kakyong dah 8 tahun." Aku hanya tersenyum. Dalam hati aku berkata Kakyong baru je masuk 7 tahun 17 hari. Sebab baru je celebrate birthday bulan 11.


Bersama kawan baiknya, Marsya.