Friday, July 30, 2010

Doa Rasulullah S.A.W. (Part II)



"Wahai Tuhan, demi ilmu-Mu tentang perkara ghaib, kekuasaan-Mu atas segala makhluk, hidupkanlah aku dengan kehidupan yang baik untukku, matikanlah aku dengan kematian yang baik untukku. Aku mohon daripada-Mu rasa takut kepada-Mu pada waktu ghaib dan nyata, berlaku adil semasa reda dan marah. bersederhana semasa kaya dan fakir, rasa lazat memandang wajah-Mu, rindu untuk menemui-Mu. Aku mohon berlindung daripada-Mu daripada kesempitan yang menyusahkan dan fitnah yang menyesatkan.


Wahai Tuhan, hiasilah kami dengan perhiasan iman. Jadikanlah untuk kami petunjuk yang benar. Wahai Tuhan, anugerahilah kepada kami rasa takut kepada-Mu yang mnghindari kami daripada melakukan maksiat, ketaatan kepada-Mu yang membawa kepada syurga-Mu, keyakinan yang menolong kami menghadapi kesusahan-kesusahan dunia dan akhirat.


Wahai Tuhan, penuhilah wajah kami dengan dengan sifat malu. Sifat malu kepada-Mu. Letakkanlah dalam hati kami keagungan-Mu agar seluruh anggota kami tunduk bebakti kepada-Mu. Jadikanlah hati kami mencintai-Mu lebih baik daripada segala-galanya.Janganlah hati kami takut kepada-Mu lebih dari segalanya.
Wahai Tuhan, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan bagi kami, pertengahannya kemenangan dan akhirnya kejayaan. Wahai Tuhan, jadikanlah permulaannya rahmat, pertengahannya nikmat, penghujungnya kemuliaan dan keampunan. Segala puji bagi Allah yang segala sesuatu tunduk kepada keagungan-Nya, yang hina segala sesuatu kerana kehebatan-Nya, yang tunduk segala sesuatu kepada kerajaan-Nya. Yang berserah segala sesuatu kepada kekuasaan-Nya. Segala puji bagi Allah yang tenang segala sesuatu dengan hikmat-Nya dan kecil segala sesuatu kerana kebesaran-Nya.
Wahai Tuhan, dengan kekuasaan-Mu ke atasku, terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Dengan kelembutan-Mu terhadapku, maafkanlah kesalahanku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Dengan pengetahuan-Mu terhadapku, kasihanilah daku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan kekuasaan-Mu terhadapku, jadikanlah aku dapat menguasai nafsuku, jangan biarkan ia menguasaiku. Sesungguhnya Engkau adalah Raja yang Maha Hebat. Maha Suci Engkau, Segala puji bagi Engkau, tiada Tuhan selain Engkau. sesungguhnya aku menanggung kejahatan dan aku menzalimi diriku, maka ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Tuhanku, tiada yang mengampuni dosa selain Engkau.
Wahai Tuhan, berilah petunjuk kepadaku, peliharalah daku dari kejahatan diriku. Wahai Tuhan, berilah rezeki yang halal. Janganlah Engkau siksa daku kerananya. Jadikanlah aku merasai cukup dengan apa yang Engkau rezekikan. Biarlah aku menggunakannya untuk kebaikan yang Engkau terima. Aku mohon daripada Engkau keampunan, kesihatan, keyakinan yang baik dan kemaafan di dunia dan akhirat.Wahai Tuhan yang tidak bermudarat dengan dosa hamba-Nya dan tidak kurang dengan keampunan yang dianugerahkan. Anugerahkanlah kepadaku perkara yang tidak memudaratkan-Mu, berikanlah kepadaku perkara yang tidak mengurangi-Mu.
Wahai Tuhan kami, turunkan kepada kami kesabaran dan wafatkan kami dalam keadaan menyerah diri (Islam). Engkau penolongku di dunia dan akhirat, wafatkan aku sebagai seorang Islam dan tempatkan aku dalam lingkungan orang salih. Engkau penolong kami, maka campurilah dan kasihanilah kami. Engkau sebaik-baik pemberi ampun. Tetapkanlah bagi kami kebaikan dunia dan akhirat. Kepada Engkau kami bertawakal dan kepada Engkau kami akan kembali.
Wahai Tuhan kami, janganlah jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim. Wahai Tuhan kami janganlah jadikan kami fitnah bagi orang kafir. Ampunilah kami wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan keterlanjuran kami, tetapkanlah kaki-kaki kami dan menangkan kami atas orang kafir.
Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara mara kami yang telah mendahului kami dengan iman. Jangan jadikan dalam hati-hati kami rasa iri hati bagi orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Penyayang lagi belas kasihan. Wahai Tuhan kami, limpahkan kepada kami kerahmatan dari sisi-Mu dan sinarilah urusan kami dengan petunjuk. Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari azab neraka.
Wahai Tuhan, sesungguhnya kami mendengar seruan yang megajak kepada iman maka kami telah beriman. Maka ampunilah dosa-dosa kami, hapuskan kejahatan-kejahatan kami dan wafatkan kami bersama orang yang baik.
Wahai Tuhan, berikanlah kepada kami apa yang Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-Mu, janganlah Engkau hina kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."

Friday, July 23, 2010

Menjadi nyata..


Alhamdulillah.. seperti yang telah aku maklumkan dalam entri sebelum ini. Akhirnya, ia menjadi milik ku! Konon2nya aku nak beli Brother - XL 2630...harga dia RM799. Tapi setelah pegi ke kedai dia, dan atas keizinan dari hubby aku, terus aku beli Brother - NV30 ( seperti dalam pic diatas..) Alasan hubby, senang sikit mesin yang ini... banyak sikit fasiliti dia...(Kepada yang berhasrat untuk membeli mesin jahit, sila rujuk website ini). Beli mesin jahit dapat pakej belajar menjahit secara percuma sehingga pandai... berbaloi2. nasib baik hubby bagi galakan kepada aku...
Rupa2nya, bila dah beli mesin tu. Hubby plak yang terlebih excited.. dia yg byk menggunakan mesin tu... siap jahit beg dan baju tidur Kak Ngah lagi.... Sungguh tak ku sangka hubby aku pun punya minat yang sama dengan ku....

Hubby aku tengah jahit beg.

Baju Kak Ngah, hasil kerjatangan ayah... not bad lah kan.. :-)

Cuba lihat hasil yang dibuat oleh hubby aku...


Ini adalah beg dan baju... beg tu digunakan oleh kak yong untuk bawa telekung ke sekolah agama. Sempat lagi dia siapkan satu beg untuk kawan kak yong. Kesian plak bila kakyong balik sekolah dia ckp, kwn dia Marsya pun nak juga beg tu. Tu yg buat satu utk Marsya.



Ini pulak beg untuk Kak Ngah.

Beg untuk Marsya (Best friend Kak yong)



Ha! ingat tak aku pernah inform yang aku ada jahit sarung bantal baby guna mesin jahit RM50 tu... tu lah sarung bantalnya...tak kemas sgt... tp oklah kan...


Ni pula sarung bantal besar yang aku jahit menggunakan mesin jahit Brother -NV30. Lepas ni tunggulah entri aku pasal kelas menjahit plak...
Actually, aku dh start belajar menjahit hari ni... esok sambung lg kelas... hari ni belajar ukur badan dan cara nak potong kain.. Nantilah aku update pasal kelas jahitan tu... TUNGGU....

Wednesday, July 14, 2010

Doa Rasulullah S.A.W. (Part I)


Assalamualaikum.

Untuk entri kali ini aku nak berkongsi salah satu doa Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Doa ini aku petik dari sebuah buku yang bertajuk Peperangan Khandak, aku pinjam dari Perpustakaan MIDA (Office aku).

Buku ini ialah terjemahan yang sah daripada buku al-Sirah al-Nabawiyah, Muhammad Rasulullah wa al-Lazina Ma'ahu, (Ghazwatu al-Khandak) oleh Abdul Hamid Jaudah al-Sahhar dan diterbitkan oleh Maktabah Misr,3, syari' Kamil Sidqi, al-Fajalah, Cairo, Egypt. Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Di sebabkan doa tersebut sangat panjang, jadi aku pecahkan kepada 2 (Part I & Part II). Untuk Part II, aku akan post nanti ye.. Aku baca buku ni pun semasa aku berada dalam komuter semasa perjalanan pergi dan balik dari office. At least terisi sikit masa aku dalam komuter tu sebab perjalanan dari KL Sentral ke UKM makan masa selama 30 min.
Doa Rasulullah S.A.W ....
"Maha Suci Tuhanku, yang Maha Tinggi dan Maha Memberi. Tiada Tuhan selain Allah. Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan pujian. Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi. tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Tuhan dan penguasa segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Aku memohon perlindungan Engkau dari kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya.

Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau kemaafan dan kesejahteraan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan harta bendaku. Wahai Tuhan, tutuplah keaibanku. selamatkanlah aku dari ketakutan. Peliharalah aku dari arah kanan dan kiri, atas dan bawah. Aku mohon berlindung dengan-Mu daripada dikhianati.

Wahai Allah! Aku hanya sanggup menerima ketentuan daripada-Mu sahaja. Janganlah orang lain dapat menguasaiku selain Engkau. Jangan Engkau cabut perlindungan-Mu daripadaku. Janganlah lupakan aku daripada mengingati-Mu dan janganlah masukkan aku dalam golongan orang yang lalai.

Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan selain Engkau. Engkau yang jadikan diriku. Aku hanyalah hamba-Mu. Aku berusaha seberapa daya untuk melaksanakan janji-Mu. Aku mohon berlindung kepada-Mu daripada keterlanjuran perbuatanku.

Wahai Tuhan, terlalu banyak nikmat-Mu kepadaku dan terlalu banyak dosaku maka ampunilah dosaku. Tiada yang dapat mengampunkan dosaku selain Engkau.
Wahai Tuhan, berilah kesihatan dan kesejahteraan kepada tubuh badanku, pendengaranku dan penglihatanku. Tiada tuhan selain Engkau. Wahai Tuhan, aku mohon daripada Engkau keredaan selepas sesuatu hukuman, kehidupan yang tenang selepas mati, pemerhatian yang lazat kepada wajah-Mu yang mulia, rasa asyik untuk menemui-Mu tanpa sebarang kesempitan yang menyusahkan dan bukan fitnah yang menyesatkan. Wahai Tuhan, aku mohon berlindung kepada Engkau daripada melakukan kezaliman atau dizalimi, melampau atau dilampaui. Atau melakukan kejahatan yang Engkau tidak ampuni.

Wahai Tuhan, aku memohon daripada Engkau ditetapkan dalam segala urusan, kesungguhan dalam kecerdikan. Aku mohon daripada Engkau hati yang khsyuk dan sejahtera, akhlak yang lurus, lidah yang benar, amalan yang diterima. Aku mohon daripada Engkau kebaikan yang Engkau ketahui. Dan aku mohon berlindung kepada Engkau daripada kejahatan yang Engkau ketahui. Aku mohon keampunan Engkau apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui dan aku tidak mengetahui, engkau amat mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku sama ada yang akan datang atau yang telah lepas, yang tersembunyi atau yang nyata. Engkau lebih mengetahui daripadaku. Sesungguhnya Engkau yang Awal dan Engkau yang Akhir. Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Dan Engkau Maha Menyaksi perkara yang ghaib.

Wahai Tuhan, aku mohon daripada Engkau iman yang tidak goyah, nikmat yang tidak kehabisan , sejuk pandangan yang berpanjangan. Wahai Tuhan, aku mohon daripada Engkau segala kebaikan, perbuatan-perbuatan yang baik, meninggalkan kejahatan, mengasihi orang miskin. Aku memohon daripada Engkau kasih sayang-Mu, mengasihi orang yang mengasihi-Mu, mengasihi semua amalan-amalan yang mendekatkan kepada mengasihi-Mu. Aku mohon supaya Engkau menerima taubatku, mengampuni dan merahmatiku. Apabila Engkau mahu menurunkan fitnah terhadap sesuatu kaum, peliharalah aku dari sebarang fitnah."

-----------bersambung (Part II)-----------

Sunday, July 11, 2010

Berjalan juga akhirnya....

Adik dah boleh berjalan sendiri.... Genap2 1 thn 3 bln. Macam kakyong & kakngah jugak, x kurang x lebih... 1 thn 3 bln baru boleh berjalan...Ibu seronok, adik lagi nampak happy. Mentang2 dah dapat kaki. Kalau dulu dia hanya jadi pemerhati je masa kakyong & kakngah berlari main kejar2, kalau x pun dia kejar kakyong & kakngah dengan 'kereta bulat' (walker) dia tu... itulah transport favourate dia masa tu la... sekarang, itu transport dah kasi masuk stor...
Sekarang ni ibu x payah nak dukung2 adik lagi... cuma ibu kena exercise lebih la, sbb ibu terpaksa main kejar2 dgn adik pulak... bertambahlah kurus ibu ni yg sememangnya dah kurus..jgn buat ibu jadi kurus kering dah lah adik yer...kesianlah kat ibu awak ni.. huhuhu....


video

Ni video yang sempat diambil masa hari pertama adik dapat berjalan. Laju tak dia jalan...sebenarnya, adik sepatutnya dah lama boleh berjalan. Tapi dia takut nak berjalan sendiri, kalau nak berjalan mesti kena pegang tgn org lain. kalau tidak, dia sanggup tak berjalan dan dia akan tunjuk perasaan sambil guling2 cium lantai.... (parah anak aku yg sorang ni.. setakat ni dialah paling kuat mengamuk kalau nak dibandingkan dgn kakyong & kakngah... dulu aku ingat kakngah yg kuat mengamuk, rupanya adik lagi berganda dari kakngah... itulah lain anak lain ragamnya...sabar je lah yer.... )

yang paling kelakar, adik pernah berjalan hanya pegang hujung kain selimut... boleh lak dia jln masa tu..agaknya dia ingat itu tgn ibu... dia terlupa yg dia hanya pegang selimut...


itulah secebis kisah adik yang baru boleh berjalan...

Thursday, July 8, 2010

Satu keinginan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Sebenarnya aku dah lama sangat teringin (bukan mengidam yer..) sebuah mesin jahit sendiri... Aku memang minat bab2 kraftangan & menjahit ni.

Aku masih ingat lagi aku mula kenal kraftangan masa aku darjah 2. Masa tu mak aku masuk kelas menjahit/kraftangan bersama kaum2 ibu, dah lama dah +- 24thn dulu...aku pun join sekali... seronok aku tengok, rasa cam nak try buat jugak..
Kelas tu diadakan dirumah abang aku (berdepan dengan rumah aku).Cikgu yang mengajar tu org panggil Kak Ram. Macam2 yang diajar... antaranya ( ni aku ingat la):

1. buat kraftgn guna sabun mandi. Tak taulah sama ada korang pernah tengok ke tidak. Disekeliling dan di bawah sabun dicucuk dengan jarum peniti (yg kepalanya colourful tu) kemudian dililit dengan kain reben. Bila dah siap, nampak cam rupa bakul kecik.. dan boleh dijadikan perhiasan dan pewangi.

2. sulaman. aku paling suka bab2 menyulam ni (suka menyibuk jelah masa tu). lebih2 lagi apabila kain ditegangkan dengan menggunakan kayu ram... aku tak ingat apa nama jarum khas untuk menyulam tu... banyak jugak mak aku buat bunga sulaman tangan antaranya sarung bantal, saprah (time tu kan dok kg makan kat bawah je.. so kena lapik dgn saprah la), alas meja.. kayu ram tu sampai skrg masih elok lagi dalam simpanan mak aku...

3. mengait... ini pun aku suka menyibuk juga bila mak aku tengah mengait. Setakat ini, aku tak pernah lagi mengait sampai habis... biasanya aku akan sambung yg mak aku dah buat, ataupun mak aku akan sambung yg aku buat..hehehe ngelat betul aku ni...

Tiga je ke... aku rasa cam banyak je... tp 3 je yg aku ingat.... oopss.. ada lagi, korang ingat tak dulu2 glamer sangat kraftgn guna straw... hehehe aku pun ada juga buat... siap gantung dekat dinding lagi...

Paling aku tak boleh lupa, masa aku tingkatan 1. aku ada buat penanda buku yang aku lukis dan color sendiri, kemudian aku tampal atas ketas keras. Aku tebuk lubang guna pisau 10 sen tu dan aku ikat dengan benang yang mak aku guna untuk mengait... lepas tu aku jual kat kawan sekelas, 50 sen je atau pun kalau loghat kampung aku lima kupang harga dia... banyak jugak tempahan yg aku dapat... bila dipikir2 balik, tak sangka yer laku juga penanda buku yg aku buat tu...

Kalau bab menjahit ni, masa aku form 3 aku pernah buat tempat lapik lesung batu.. aku ambil jer perca2 kain yang mak aku punya kemudian satukan semua(bentuk 4 segi) biar tebal. Aku amik kain yang cantik sikit corak dia, aku jahit dibahagian luar... guna mesin jahit tgn je masa tu... boleh lah mak aku guna untuk dijadikan pelapik lesung batu dia, tak lah bising sangat bila dia menumbuk..hehehe... kreatif jugak aku masa tu ye...(perasan..)


Gambar diatas adalah contoh gambar mesin jahit tangan yg aku amik dari google. Mesin jahit mak aku pun macam ni jugak, dan masih elok sehingga sekarang... aku dok belek2 mesin jahit mak aku tu, nampak la tahun 1939... dah tua dah mesin jahit tu... mmg bernilai sungguh...

Aku pernah beli mesin jahit murah kat pasar malam. Harga dia RM50. Kecik je mesin jahit tu.. setakat jahit sarung bantal nipis boleh la.. yang kelakarnya, opis mate aku pernah pinjam mesin jahit ni. dia nak jahit kain langsir... tapi nak tau apa dia cakap selepas dia gunakan mesin tu..."Kak Ida, ean jahit langsir guna mesin tu... bukan setakat langsir je bergerak, dengan mesin2 sekali ikut bergerak..." hahaha... korang bygkanlah tinggi mesin jahit tu lebih kurang 4 inci dan lebarnya 7 inci serta ringan sangat... manalah mesin tu tak ikut lari sama....

Eh..eh.. panjang plak mukadimah aku ni... sebenarnya main pointnya adalah mesin jahit yang aku idamkan... aku selalu lah surf kat link ni.. dan aku dok berkenan mesin jahit jenis Brother XL-2630.Murah dan ok lah untuk orang yang baru nak belajar menjahit cam aku ni... rasanya belum terlewat lagi kan untuk aku belajar menjahit... aku pegang dengan kata2 ni, 'better late than never'. Almaklumlah, dulu2 nak belajar menjahit tak ada duit nak bayar yuran... bila dah ada duit sendiri, tak ada masa pulak... tapi sekarang aku tak dapat tahan lagi keinginan aku. Aku nak juga mesin jahit sendiri dan aku nak attend kelas jahitan. Mesti..mesti.. mesti...