Monday, November 22, 2010

Anak-anakku demam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Hari ni (Isnin) aku terpaksa EL. Kakngah dan adik demam panas.

KakNgah dah 2 hari demam. Bermula pagi ahad, dia dah minta mkn ubat. Masa ni kat kampung. Nasib baik aku bawa ubat. Dah memang kebiasaan aku bila balik kampung/ berjalan jauh aku akan pastikan bawa ubat bersama. Untuk kes2 macam inilah. Mula2 aku ingat dia saja2 je minta ubat sbb Kakngah ni mmg suka mkn ubat. Bila tgk suhu bdn, mmg betul2 panas.

Adik baru demam mlm tadi. Pagi tadi, kalau diaorg tak teruk sangat aku ingat nak hantar kat rumah babysitter jer. Lagipun aku fikir pagi ni aku ada meeting dengan vendor Novell. Tapi aku tak sure la plak hari ni atau esok. Pagi2 lagi aku dah kacau K. Pnut nak tanya pasal meeting tu. Adik pula asyik merengek je. Nasib baik meeting tu hari selasa. So, bolehlah aku EL. Tak sampai hati pula nak tinggalkan anak2 yang tak sihat tu.

Malam ni Kakngah dah sihat. Adik pun nampak cam ok je. suhu badan pun normal. Dah aktif main. Penat pula aku nak melayan. Sambil layan dia main, sempat pula aku terlelap. Kakak2 dia semua dah tidur. Aku paksa dia tidur. Tapi kul 12 mlm dia dh mula merengek balik, bdn adik dah mula panas semula. Terus bagi makan ubat. Minta2 anak-anakku cepatlah sembuh, dah lah next week aku nak berjalan jauh ni. Tak senang hati aku dibuatnya.


Kakngah, walaupun demam masih boleh tersenyum.

Kesian adik, cepat2 sembuh yer.
Lastly, aku yang tak boleh nak tidur. Check hp, rupa2nya bos aku hantar msg kul 7.30 mlm td. Tanya pasal Visa ke New Zealand. Sorilah Puan, tak dpt nak reply msg sebab dah tgh mlm. Aku dah tanya kat Mr. google, New Zealand tak perlukan Visa sebab termasuk negara Komanwel. Boleh check kat link ni. Pagi esoklah saya update puan yer.

Berdebar2 ni, minggu ni adalah minggu last. Dalam checklist aku, cuma passport je yang dah buat. Yang lain belum prepare lagi. Esok pagi2 kena isi borang claim elaun perjalanan yang baru sebab aku tersalah isi borang. Nasib baik aku call syaliza finance pagi2 tadi. Kalau tak, lambatlah aku dapat duit belanja.

Moga2 Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan ku. Amin...

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha & Birthday KakYong

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Kali ni aku sambut Aidiladha di rumah mentua. Cuti sehari jer. Khamis dah start keje.
Tahun ni juga hari lahir Kakyong (17 November) jatuh pada 10 Zulhijjah. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat dia untuk sambut birthday bersama2 sepupu2 dia.
Terima kasih kepada adik ipar aku (Ahmad Riduan yang dipanggil Pakteh oleh anak2 buah) kerana sudi sponsor kek, sedap kek coklat tu.. dan juga adik2 ipar aku yang lain kerana sudi memeriahkan majlis yang tak seberapa.
Untuk hadiah birthday, awal2 lagi kakyong minta aku belikan patung barbie. So, 2 minggu sebelum tu aku dah pegi cari hadiah untuk kakyong. Tapi aku tak belilah patung barbie tu. Mahal sangat. dan aku tak beli pun yang 1 set. Aku beli patung yang lebih kurang cam patung barbie tu. Harga dia baru RM7. Kalau beli mahal2 pun buat apa, membazir jer. Ini pun sekadar memenuhi keinginan Kakyong. Bukan dia nak main sangat pun. Aku hadiahkan patung tu bersama dengan Majalah Ana Muslim (ini memang majalah kegemaran dia).

SELAMAT HARI LAHIR KAKYONG.

IBU, AYAH & ADIK2 SAYANG SANGAT DENGAN KAK YONG.

So, layan jelah gambar2 tu yer...



Khusyuk adik tengok lilin dipasang atas kek. Tak pernah tengok ke dik?


Masing2 sabar menanti... sabar ke???

Tak sempat nak potong kek lagi, masing2 dah cucuk2 kek tu dengan jari terus masuk ke mulut.


Bersungguh adik makan kek.


Semua pakat nak bersuap macam Kakyong.


Tuesday, November 16, 2010

Kak Yong...

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepikan diri. Tetiba rasa nak update blog pula. Rupa2nya dalam aku mendiamkan diri tu, ada juga teman2 yang sudi singgah dan tglkan msg di shoutbox. TERIMA KASIH kepada teman2 yang masih sudi singgah di rumahku yang berhabuk dan bersawang ni.

Alhamdulillah, cuti sekolah pun akan bermula. Kak Yong pun dah habis exam. So, dapat lah aku tumpukan pada kerja2 aku pulak. Sebelum ni, akulah org yang paling sibuk untuk pastikan Kakyong benar2 bersedia bagi menempuh exam (macamlah exam besar). Baru je tahun 1. Tapi aku risau macam anak aku nak ambil UPSR. 2 minggu berturut2 kakyong exam. minggu pertama di sekolah Agama. 2nd week di sekolah kebangsaan.

So, result di sekolah Agama kak yong dapat semua subjek A kecuali Bahasa Arab dapat B. Kedudukan dalam kelas dapat tempat ke 4. Menurun kali ni. Sebab semasa exam pertengahan tahun Kakyong dapat no 2 dalam kelas.

Takpe lah Kakyong usaha lagi tahun depan. Jangan banyak main. Aku perasan kali ini dia banyak main dan banyak tidur. Mungkin penat sebab sekarang ni pergi/balik sekolah bukan ayah hantar lagi. Kakyong pegi naik van dan transit kat rumah babysitter. Kalau ayah jemput & hantar tu dia ada banyak masa untuk rehat/tidur waktu tgh hari.

Sekolah kebangsaan, kakyong dapat 4A, 1B. Yang B tu subjek Bahasa Inggeris. So, cuti sekolah ni aku dah plan nak bagi dia buat ulangkaji & latihan english banyak2.

Di sekolah agama ni, pelajar yang dapat no. 1-5 akan dapat anugerah cemerlang. Majlis tu diadakan pada hari Ahad 14 Nov 2010. Pukul 8.30 mlm.

Yang kelakarnya, bila kakyong dah ambil hadiah tu dia boleh tanya bila dia nak ambil hadiah satu lagi. Pada hal dia cuma dapat satu hadiah je. Rupa2nya dia ingat akan dapat hadiah lagi sebab masa exam pertengahan tahun dia dapat no. 2. Hmmm... kakyong2..

Disini aku nak kongsikan gambar kakyong dapat anugerah cemerlang di Sekolah Agama.


Surat Jemputan





Gambar gelap sikit, almaklumlah guna kamera murah... :-)

Aksi Kakyong

Kakyong dan Adik2
Hadiah yang dia dapat pencil bag. Bergilir2 dengan adik2 pakat nak tengok n pegang.