Monday, November 22, 2010

Anak-anakku demam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Hari ni (Isnin) aku terpaksa EL. Kakngah dan adik demam panas.

KakNgah dah 2 hari demam. Bermula pagi ahad, dia dah minta mkn ubat. Masa ni kat kampung. Nasib baik aku bawa ubat. Dah memang kebiasaan aku bila balik kampung/ berjalan jauh aku akan pastikan bawa ubat bersama. Untuk kes2 macam inilah. Mula2 aku ingat dia saja2 je minta ubat sbb Kakngah ni mmg suka mkn ubat. Bila tgk suhu bdn, mmg betul2 panas.

Adik baru demam mlm tadi. Pagi tadi, kalau diaorg tak teruk sangat aku ingat nak hantar kat rumah babysitter jer. Lagipun aku fikir pagi ni aku ada meeting dengan vendor Novell. Tapi aku tak sure la plak hari ni atau esok. Pagi2 lagi aku dah kacau K. Pnut nak tanya pasal meeting tu. Adik pula asyik merengek je. Nasib baik meeting tu hari selasa. So, bolehlah aku EL. Tak sampai hati pula nak tinggalkan anak2 yang tak sihat tu.

Malam ni Kakngah dah sihat. Adik pun nampak cam ok je. suhu badan pun normal. Dah aktif main. Penat pula aku nak melayan. Sambil layan dia main, sempat pula aku terlelap. Kakak2 dia semua dah tidur. Aku paksa dia tidur. Tapi kul 12 mlm dia dh mula merengek balik, bdn adik dah mula panas semula. Terus bagi makan ubat. Minta2 anak-anakku cepatlah sembuh, dah lah next week aku nak berjalan jauh ni. Tak senang hati aku dibuatnya.


Kakngah, walaupun demam masih boleh tersenyum.

Kesian adik, cepat2 sembuh yer.
Lastly, aku yang tak boleh nak tidur. Check hp, rupa2nya bos aku hantar msg kul 7.30 mlm td. Tanya pasal Visa ke New Zealand. Sorilah Puan, tak dpt nak reply msg sebab dah tgh mlm. Aku dah tanya kat Mr. google, New Zealand tak perlukan Visa sebab termasuk negara Komanwel. Boleh check kat link ni. Pagi esoklah saya update puan yer.

Berdebar2 ni, minggu ni adalah minggu last. Dalam checklist aku, cuma passport je yang dah buat. Yang lain belum prepare lagi. Esok pagi2 kena isi borang claim elaun perjalanan yang baru sebab aku tersalah isi borang. Nasib baik aku call syaliza finance pagi2 tadi. Kalau tak, lambatlah aku dapat duit belanja.

Moga2 Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan ku. Amin...

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha & Birthday KakYong

Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Kali ni aku sambut Aidiladha di rumah mentua. Cuti sehari jer. Khamis dah start keje.
Tahun ni juga hari lahir Kakyong (17 November) jatuh pada 10 Zulhijjah. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat dia untuk sambut birthday bersama2 sepupu2 dia.
Terima kasih kepada adik ipar aku (Ahmad Riduan yang dipanggil Pakteh oleh anak2 buah) kerana sudi sponsor kek, sedap kek coklat tu.. dan juga adik2 ipar aku yang lain kerana sudi memeriahkan majlis yang tak seberapa.
Untuk hadiah birthday, awal2 lagi kakyong minta aku belikan patung barbie. So, 2 minggu sebelum tu aku dah pegi cari hadiah untuk kakyong. Tapi aku tak belilah patung barbie tu. Mahal sangat. dan aku tak beli pun yang 1 set. Aku beli patung yang lebih kurang cam patung barbie tu. Harga dia baru RM7. Kalau beli mahal2 pun buat apa, membazir jer. Ini pun sekadar memenuhi keinginan Kakyong. Bukan dia nak main sangat pun. Aku hadiahkan patung tu bersama dengan Majalah Ana Muslim (ini memang majalah kegemaran dia).

SELAMAT HARI LAHIR KAKYONG.

IBU, AYAH & ADIK2 SAYANG SANGAT DENGAN KAK YONG.

So, layan jelah gambar2 tu yer...



Khusyuk adik tengok lilin dipasang atas kek. Tak pernah tengok ke dik?


Masing2 sabar menanti... sabar ke???

Tak sempat nak potong kek lagi, masing2 dah cucuk2 kek tu dengan jari terus masuk ke mulut.


Bersungguh adik makan kek.


Semua pakat nak bersuap macam Kakyong.


Tuesday, November 16, 2010

Kak Yong...

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepikan diri. Tetiba rasa nak update blog pula. Rupa2nya dalam aku mendiamkan diri tu, ada juga teman2 yang sudi singgah dan tglkan msg di shoutbox. TERIMA KASIH kepada teman2 yang masih sudi singgah di rumahku yang berhabuk dan bersawang ni.

Alhamdulillah, cuti sekolah pun akan bermula. Kak Yong pun dah habis exam. So, dapat lah aku tumpukan pada kerja2 aku pulak. Sebelum ni, akulah org yang paling sibuk untuk pastikan Kakyong benar2 bersedia bagi menempuh exam (macamlah exam besar). Baru je tahun 1. Tapi aku risau macam anak aku nak ambil UPSR. 2 minggu berturut2 kakyong exam. minggu pertama di sekolah Agama. 2nd week di sekolah kebangsaan.

So, result di sekolah Agama kak yong dapat semua subjek A kecuali Bahasa Arab dapat B. Kedudukan dalam kelas dapat tempat ke 4. Menurun kali ni. Sebab semasa exam pertengahan tahun Kakyong dapat no 2 dalam kelas.

Takpe lah Kakyong usaha lagi tahun depan. Jangan banyak main. Aku perasan kali ini dia banyak main dan banyak tidur. Mungkin penat sebab sekarang ni pergi/balik sekolah bukan ayah hantar lagi. Kakyong pegi naik van dan transit kat rumah babysitter. Kalau ayah jemput & hantar tu dia ada banyak masa untuk rehat/tidur waktu tgh hari.

Sekolah kebangsaan, kakyong dapat 4A, 1B. Yang B tu subjek Bahasa Inggeris. So, cuti sekolah ni aku dah plan nak bagi dia buat ulangkaji & latihan english banyak2.

Di sekolah agama ni, pelajar yang dapat no. 1-5 akan dapat anugerah cemerlang. Majlis tu diadakan pada hari Ahad 14 Nov 2010. Pukul 8.30 mlm.

Yang kelakarnya, bila kakyong dah ambil hadiah tu dia boleh tanya bila dia nak ambil hadiah satu lagi. Pada hal dia cuma dapat satu hadiah je. Rupa2nya dia ingat akan dapat hadiah lagi sebab masa exam pertengahan tahun dia dapat no. 2. Hmmm... kakyong2..

Disini aku nak kongsikan gambar kakyong dapat anugerah cemerlang di Sekolah Agama.


Surat Jemputan





Gambar gelap sikit, almaklumlah guna kamera murah... :-)

Aksi Kakyong

Kakyong dan Adik2
Hadiah yang dia dapat pencil bag. Bergilir2 dengan adik2 pakat nak tengok n pegang.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri..

Assalamualaikum.



Dah lama aku tak update blog. Banyak perkara yang berlaku sepanjang Ramadhan ni. Dan banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi disebabkan kesuntukan waktu, aku tak sempat nak bercerita dalam blog ni.


Ini adalah entry aku yang terakhir dalam bulan Ramadhan ni. Malam nanti aku akan bergerak balik Batu Kurau, Perak. Tahun ni adalah turn raya di kampung aku pulak. seronoknya tak terkata. Lebih2 lagi mak dan adik2 aku dikampung. Anak2 pun dah tak sabar nak balik kampung Opah.


So, sebelum aku balik. Aku nak share sikit aktiviti aku sepanjang Ramadhan ini. Seperti tahun2 sebelum ni, aku berniaga kerepek di opis. Alhamdulillah, permintaan lebih dari tahun lepas. Penat memang penat, tapi puas hati bila tengok hasilnya. Ini adalah gambar2 yang sempat aku snap.


Penuh rumah dengan kerepek. Ini baru 1st trip. 2nd trip aku tak sempat nak ambil gambar.






Ini pulak kerepek yang dihantar ke opis aku. Tengoklah, sampai tak ada tempat nak letak.



Antara kerepek2 yang aku jual. Sample ni aku gantung kat dinding bilik opis aku.






Tahun ni juga aku berjaya buat baju kurung untuk 3 orang anak dara aku tu. Actually, baju raya dah tempah sorang sepasang. Yang ni saja je tunjuk skill. Al-maklumlah baru belajar menjahit. Bangga dengan diri sendiri, walaupun tak habis belajar (setakat belajar potong kain je). Akhirnya dapat juga aku siapkan baju kurung anak2 aku.



KakNgah dengan baju kurung hasil kerjatangan aku.



Balik kampung nanti nak jahit langsir untuk rumah mak aku plak. Minta2 sempatlah siap.. kenalah bawa balik mesin jahit hari ni.


So, kepada semua kawan2 blogger, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kepada yang membuat perjalanan jauh tu, berhati2 dijalan raya. Jangan pandu laju2 ingatlah orang yang tersayang.



Wassalam.



Sunday, August 29, 2010

Jalan-Jalan ke Putrajaya

Salam..

Semalam, satu hari tak sempat nak jenguk blog. Macam2 aktiviti yg dilakukan... baru ptg ni sempat jengah blog. Terima kasih pada teman2 yang sudi singgah di laman ini. Nantikan kunjungan tuan laman ini pula ye.

Dalam pukul 10pg smlm aku 1 famili keluar. Dah lama tak bawa anak-anak pegi jalan-jalan. disebabkan diburu kesibukan kerja. Actually hubby aku yang asyik sibuk je. Hujung minggu pun masih bekerja. Maklumlah bekerja sendiri. So, masa cuti tu tak menentulah..

Minggu ni, awal2 lagi aku dah booking masa weekend dari hubby.. seronok anak2 dpt keluar. Kami plan nak ke Putrajaya. nak tgk karnival "Jom Beli Barang Raya" di Presint 2. Tapi sebelum tu singgah cuci kereta di Stesen Minyak Mobil, Bandar Baru Bangi. Drive Thru je.. tak payah keluar dari kereta.
Layan je lah gambar2 yg sempat aku snap ni. Gambar masa cuci kereta je yg banyak. Kat tempat lain tak amik gambar sgt.



Ceria je muka masing. Terlepas dari kurungan..
Biasanya kalau nak ke Bangi/Putrajaya, kami akan ikut shortcut iaitu jalan Kajang Hill Golf Club. Kat sini pagi2 memang banyak monyet. So, singgah la berhenti kejap nak bagi anak2 tengok. Memang dah jadi kebiasaan, bila lalu situ mesti berhenti tengok monyet.


Ini pula masa cuci kereta. Kereta kena sembur dengan air.

Kena sembur dengan sabun pula.


Suka KakYong & KakNgah tengok orang cuci kereta. Biasanya kena duduk kat luar. Tapi kali ni tak payah keluar...

Adik pula ketakutan bila tengok orang sembur air ke kereta. Nak pandang pun tidak..

Sambil menanti orang cuci kereta, layan baca surat khabar...

Ni kat Presint 2, Putrajaya. Kami tak beli apa2 pun kat sini. Orang terlalu ramai. Kesian kat anak2 berhimpit2 nak berjalan. Nak pilih barang pun susah. So, baliklah dengan tangan kosong.

Lepas balik dari Putrajaya, kami singgah PKNS, Bdr Baru Bangi. Kat sini barulah selesa nak membeli.. dapatlah anak2 baju raya. Nak tengok gambar baju raya, kenalah tunggu raya nanti..hehehe...



Thursday, August 26, 2010

Kaedah Cepat Membaca AlQuran

Salam..

Hari ni aku nak share dengan kawan2 pasal Kaedah Cepat Membaca AlQuran.
Kak Ngah mengaji menggunakan Pakej Qaf: Wal Quran Nil Majid.

Untuk makluman, ini adalah CD Interaktif. Sangat sesuai untuk anak2 seawal usia 1 thn. Aku cuba bagi KakNgah belajar guna CD ni. Alhamdulillah dia boleh mengadap lama mengaji tanpa rasa bosan.
Untuk Kakngah dengan adik guna CD jilid 1. Manakala untuk KakYong CD jilid 2 & 3. Juga terdapat pengajaran tajwid. Kita sebagai ibu pun boleh belajar sekali secara tak langsung. Untuk menarik minat mereka, CD ni juga menyediakan latihan yang menarik seperti rakaman suara. So, anak2 boleh mendengar semula apa yg dibaca. Juga mereka boleh drag & drop jawapan ke dalam kotak yg disediakan.

Dalam pakej ni terdapat 3 buah buku dan 3 CD Interaktif (Jilid 1- Jilid 3). Kaedah ini adalah mengikut kehendak Program J-QAF kokurikulum Pendidikan Islam yang sedang dilaksanakan di sekolah2.
Memang berbaloi2 sebab harga murah berbanding harga pasaran. Harga pasaran RM 38. Tapi yang ini RM 38 termasuk kos penghantaran.
Kalau ada ibu2 di luar sana yang berminat untuk mendapatkan CD ni memang sangat2 digalakkan untuk dapatkan satu. Memang tak rugi. Kalau berminat sila klik website ni dan buatlah tempahan sementara stok masih ada.

Tengoklah gambar2 dan video KakNgah mengaji.
Menarikkan, colourful... memang menarik minat anak2 untuk membacanya.


Ni masa mula2 beli CD. Tengok tudung pun tak sempat nak pakai.
Kakngah yang ceria. Setiap hari tak sabar nak mengaji.



Video Kakngah sedang baca AlFatihah


Video Kakngah sedang baca AlifBaTa




Wednesday, August 25, 2010

Sunday, August 22, 2010

Contest Pertama Aku

Salam...

First time aku nak masuk contest ni. Selama ni aku tgk2 je member lain masuk contest. Keinginan tu ada tapi mcm tak bersedia lagi. Oleh kerana aku dapat jemputan special dari Kak Imun untuk menyertai contest Floellen, so aku pun cuba2 nasiblah mana tahu kot ada tuah disini kan. Soalannya mudah je. Aku perlu meneka umur buah hati kesayangan floellen berdasarkan gambar yang diberi. Ini jawapannya :

Gambar 1 : 1 Tahun 3 Bulan
Gambar 2 : 6 Bulan
Gambar 3 : 4 Tahun
Gambar 4 : 3 Tahun

Nama penuh anak floellen yg comel ni adalah Bryan Lawrence Lewis atau panggilan manjanya Nemo dan merupakan anak tunggal floellen.

Kalau dah namanya contest mestilah ada hadiahkan... menurut floellen hadiahnya menarik sebab special dr Negeri di Bawah Bayu. Sesiapa yg berminat nak menyetai contest ni silalah bekunjung ke blog Floellen
Di sini juga aku nak tag fromhome66 dan miezaniera untuk menyertai contest ni. Good Luck kepada semua peserta yang akan dan telah menyertai contest ni.




Friday, August 20, 2010

Sibukkah Aku?...

Salam...

Pejam celik dah masuk 10 hari kita berpuasa. Sepanjang minggu ni aku tak berkesempatan nak update blog...

Minggu ni terasa cepat sangat berlalu. Mana taknya aku ada training Jasper selama 3 hari bermula Isnin hingga Rabu. Memang fulltime dalam training room tu. Cuma waktu rehat jer aku balik ke bilik dan sempatlah jenguk2 kejap blog aku dan membalas kunjungan kawan2 blogger yg mana singgah dan tinggalkan jejak di shoutbox aku... "Terima kasih kepada teman2 blogger yg sudi singgah dan follow aku"

Kerja pun banyak yang perlu disiapkan. So, bila habis training kenalah sambung buat kerja plak. dengan nak settlekan aduan user dan nak buat testing sistem.. mcm2 lah...

Minggu ni dan minggu depan juga adalah minggu exam untuk Kakyong. Minggu ni exam Sekolah Agama dan minggu depan exam Sekolah Kebangsaan. Setiap kali Kakyong exam, akulah org yang paling risau. Takut dia tak boleh jawab soalan. Pada hal KakYong baru je Darjah 1 bukannya peperiksaan UPSR pun... tp itulah hakikatnya, aku yang terlebih risau.

Dan seperti biasalah, bila Kakyong exam aku pun turut sama kena study dengan dia. Kalau bukan bulan puasa, selepas balik dari kerja kitaorg akan makan kat luar dulu. Sebab malamnya aku nak beri tumpuan pada Kakyong... ibunya pun studylah juga... Kalau tak buat macam tu, dia tak dapat nak bagi perhatian sepenuhnya dengan apa yang dia baca. selepas dia study, biasanya aku akan tanya beberapa soalan. Nak uji sama ada dia ingat atau tak apa yg dibaca.

Hari ni adalah hari terakhir exam kat Sekolah Agama, subjek Fiqh. Semlm dalam pukul 9.00mlm baru dia start baca buku. Biasanya, selepas habis baca aku akan tanya soalan pada dia. Tapi semalam terbalik. Aku suruh dia pula test aku. Tak nak bagi dia boringlah.. asyik dia je yang kena jawab. Tapi sebenarnya, bila dia tanya aku buat2 tak ingat. So, dia juga yang kena terangkan balik... sama je sebenarnya.. kali ni dia tanya dan dia yang jawab... hehehe..

Bila balik rumah aku akan tanya dia "macam mana exam, boleh jawab tak?" Dengan selambanya dia akan jawab "Senang je bu.." Legalah untuk minggu ni. tunggu pula exam Sekolah Kebangsaan minggu depan. So, Sabtu/Ahad ni kenalah dia study lagi... aku yg tak exam ni pun penat, mesti dia lagi penat. Nak buat macam mana KakYong dah macam tu hidup sebagai seorang pelajar.

Pernah dia tanya aku, "Ibu kenapa asyik kena ambil periksa je? Tak boleh ke ambil sekali je periksa." Terdiam sekejap aku. Nak pikirkan apakah jawapan yang paling sesuai untuk aku jawab. Sebab dari air muka dia aku nampak dia penat. Aku tak mahu dia rasa stress. Lalu aku jawab "KakYong, kalau cikgu tak buat periksa cikgu tak tahu Kakyong faham ke tak apa yg cikgu ajar. Macam mana cikgu nak tahu KakYong pandai ke tidak kalau tak ada periksa.. Kalau ada periksa, lepas tu Kakyong boleh jawab semua. Barulah cikgu tahu KakYong faham apa yang cikgu ajar dan KakYong sebenarnya budak yang bijak." Terus dia senyum...

Dalam hati aku berdoa agar janganlah wujud perasaan bosan atau malas untuk belajar dalam diri Kakyong. Semoga Allah terangkan hati dan pemikiran KakYong. Perjalanan dia masih jauh... terlalu jauh....


Tuesday, August 17, 2010

Abu Zar dan Rasulullah Part II


"Wahai Rasulullah, apakah yang terkandung dalam suhuf Musa?"
"Kesemua Suhuf Musa adalah pengajaran. Aku hairan melihat orang yg yakin tentang kematian kemudian masih bergembira. Aku hairan melihat orang yg yakin terhadap neraka kemudian masih ketawa. Aku hairan melihat org yg yakin dengan ketentuan Allah kemudian dia masih kecewa. Aku hairan melihat dunia memutar balikkan penghuninya kemudian dia masih tenang hati terhadap dunia. Aku hairan melihat orang yang yakin wujudnya hari hisab kemudian dia masih tidak beramal."

"Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku."
"aku wasiatkan kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah. Ia adalah asas segala urusan."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Hendaklah kamu membaca Al-Quran. Ia adalah cahaya bagimu di dunia dan zikir bagimu di langit."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Jangan banyak ketawa. Ia mematikan hati dan menghilangkan cahaya di muka."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Hendaklah kamu senyap kecuali ada kebaikan. Ia menjauhkan syaitan dari kamu dan membantu agamamu."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Kasihanilah orang miskin, duduklah bersama mereka."

"Tambah lagi wahai Rasulullah."
"Lihatlah kepada orang yang dibawah kamu. Jangan lihat orang yang di atas kamu. Kamu lebih bersyukur dengan nikmat yang ada di sisi kamu."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Hubungilah kaum kerabatmu sekalipun mereka memutuskannya."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Jangan takut dengan celaan orang dalam beriman kepada Allah."

"Lagi Rasulullah."
"Katakanlah perkara yang benar walaupun pahit."

"lagi."
"Kemudian Nabi menepuk dada Abu Zar sambil berkata, "Wahai Abu Zar, tidak ada kepintaran seperti kepintaran mentadbir, tidak wara' menahan diri dan tiada kecantikan seperti keelokan Allah."


Sumber : Buku Peperangan Khandak


Sunday, August 15, 2010

Mari Menabung

Salam...

Alhamdulillah... sudah 4 hari kita berpuasa. Ini bermakna KakYong pun telah berpuasa penuh selama 4 hari. Sungguh kuat semangat anak sulungku ini. Walaupun tgh hari tadi adik2 makan depan dia, tidak sedikit pun melemahkan semangat dia. Semoga Allah bagi kekuatan pada KakYong untuk meneruskan puasa sehingga habis Ramadhan. .. Amin..
Hari ni aku nak bercerita pasal menabung. Penting sebenarnya menabung ni... bak kata pepatah "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit."

Aku didik anak aku yg sulung menabung sejak umur dia 1thn lebih... ingat lagi tabung pertama KakYong adalah tabung bangunan Tabung Haji. So, setiap kali aku n hubby balik dari kerja, kami akan berikan semua syiling pada KakYong untuk dimasukkan kedalam tabung. Tapi dengan pantauan la.. sebab masa tu dia kecik lagi. Takut nanti bukannya dibawa masuk ke tabung, tp masuk ke mulutnya plak.. mula2 tu mmg dia x pandai nak masukkan duit ke dalam lubang tabung tu... kita plak kena pegang tangan dia.. tp lama2 dh ok.

Setiap hari rutin dia adalah menabung, pernah sekali tu kami terlupa nak bagi syiling pada dia sehinggakan dia sendiri buka wallet aku dan ambil syiling tu sendiri.

Tabung kedua KakYong adalah tabung unta. Masa tu hubby aku buka insuran Eduplan di Ambank.

Selepas Kakyong, diikuti pula oleh KakNgah. tabung pertama KakNgah pun tabung bangunan Tabung Haji juga.

Kakngah cepat sikit belajar menabung, sebab dia terikut2 dengan KakYong. Masing2 berlumba nak penuhkan tabung masing2. so, aku dgn hubby terpaksalah bahagi 2. Sebahagian utk KakYong dan sebahagian lagi KakNgah.

Sejak KakYong dah sekolah ni, aku x perlu lagi bagi syiling pada dia. Sebab dia akan simpan baki duit belanja sekolah yg aku berikan tiap2 hari. Sehari aku bagi RM5. Sekolah Kebangsaan RM3, Sekolah Agama RM2. So, setiap hari pasti ada duit lebih, paling kurang pun 50 sen dia akan simpan dalam tabung.

Dan aku juga bagi Buku Wang Saku untuk dia tuliskan apa saja perbelanjaan dia setiap hari. Buku tu aku beli di Ambank. RM1 je harga buku tu.

Inilah buku wang saku KakYong
Ini pula senarai perbelanjaan dia setiap hari.

Ini adalah tabung KakYong. Yg sebelah tu Tabung KFC tapi dah tak guna lagi. Semuanya ditansfer ke tabung yang besar tu.


Ini pula tabung KakNgah. Tengoklah tabung KFC dia tu, mana pegi penutupnya tu. Rasanya ada dlm kotak mainan diaorg ni. Beli tabung KFC ni pun atas permintaan diaorg juga. Sebab ada muzik. Tapi muzik tu pun bukannya tahan lama lepas tu rosak.

Ini ada beberapa tips utk menggalakkan anak2 menabung:-

1. Ajar mereka menabung seawal usia mereka. Walaupun mereka masih tak mengerti lagi apa itu duit dan apa itu tabung.

2. Belikan tabung yang telus. Sambil anak memasukkan wang ke dalam tabung itu setiap hari, dia boleh tengok wangnya semakin bertambah dan tidak lama lagi bolehlah dia mencapai matlamatnya. Anak yang lebih besar boleh menyimpan rekod simpanan dalam buku nota dan buat pengiraan setiap minggu.

3.Tetapkan matlamat menabung. Mungkin duit dah banyak nanti boleh beli buku ataupun sesuatu yang berguna untuk mereka.

4. Setiap kali berurusan dengan bank untuk masukkan duit tabung mereka, libatkan mereka sekali. Dengan cara ini mereka semakin berminat untuk menabung.


SELAMAT MENCUBA!







Friday, August 13, 2010

Abu Zar dan Rasulullah Part I


Pada suatu hari Abu Zar datang ke masjid. Ketika itu Rasulullah duduk bersendirian di situ. Abu Zar terus duduk berdekatan dengan Rasulullah.

"Abu Zar, bagi masjid ada penghormatannya. Penghormatannya dengan sembahyang 2 raka'at. Bangun dan sembahyanglah 2 raka'at". Tegur Rasulullah.

Abu Zr bangkit menunaikan sembahyang 2 raka'at - sunat tahiyatul masjid. Setelah selesai dia kembali menghadapi Rasulullah.

"Rasulullah, tuan menyuruh aku menunaikan sembahyang. Apakah sembahyang itu?"
"Tempat yang terbaik untuk engkau meminta banyak atau meminta sedikit."

"Wahai Rasulullah, apakah tugas yang istimewa sekali?"
"Beriman kepada Allah dan berjihad di jalannya."

"Manakah orang mukmin yang paling sempurna iman mereka?"
"Yang paling baik akhlaknya"

"Mukmin manakah yang menyelamatkan wahai Rasulullah?"
"Mereka yang menjaga lidah dan tangannya daripada menyakiti orang lain"

"Wahai Rasulullah hijrah manakah paling utama?"
"Orang yang berhijrah daripada kejahatan."

"Sembahyang manakah yang lebih utama?"
"Sembahyang yang panjang Qunutnya."

"Wahai Rasulullah, apakah puasa itu?"
"Suatu kewajipan yang diberikan balasan di sisi Allah. Ia berlipat kali ganda."

"Wahai Rasulullah, jihad manakah yang paling utama?"
"Orang yang luka dan syahid."

"Wahai Rasulullah, hamba manakah yang paling istimewa?"
"Yang paling tinggi harga dan jiwanya di sisi Tuhannya."

"Wahai Rasulullah, sedekah manakah yang paling istimewa?"
"Usaha untuk menggembirakan orang fakir."

"Ayat manakah yang diturunkan kepada engkau paling agung sekali?"
"Ayat Kursi."

"Berapa jumlah Kitab yang diturunkan oleh Allah?"
"104 semuanya. 50 Suhuf kepada Syith, 30 Suhuf kepada Khanuth, 10 Suhuf kepada Ibrahim, 10 Suhuf kepada Musa sebelum Taurat. Dan diturunkan Taurat, Injil, Zabur dan Furqan."

"Wahai Rasulullah, apakah kandungan Suhuf Ibrahim?"
"Di dalamnya penuh dengan perumpamaan. Contohnya, wahai raja yang berkuasa , yang diuji dan yang ditipu. Sesungguhnya aku tidak diutuskan kepada engkau untuk mengumpulkan kekayaan di dunia ini. Tetapi aku diutuskan kepada engkau untuk mengembalikan hak orang yang dizalimi, sekalipun dari orang kafir. Contoh yang lain, sewajarnya setiap yang berakal, sekali akal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masanya kepada empat waktu waktu. Waktu dia bermunajat kepada tuhannya, waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya, waktu untuk dia menunggu usaha keperluannya seperti mencari makan dan minum. Dan orang yang berakal tidak akan bergerak kecuali 3 perkara. Berakal untuk kehidupan yang kan datang atau berpisah untuk kehidupan sementara atau berlazat2 dalam perkara yg tidak haram. setiap org bakal memerhati zamannya, tersusun urusannya dan menjaga lidahnya. Sesiapa yang menjaga percakapannya, maka sedikitlah percakapannya melainkan perkara yg berguna."

Bersambung di Abu Zar dan Rasulullah Part II..


Sumber : Buku Peperangan Khandak








Thursday, August 12, 2010

Melatih Anak Kecil Berpuasa


Assalammualaikum.

"Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Itulah pepatah yang selalu kita dengar apabila dikaitkan dengan anak-anak.

Anak-anak umpama kain putih bersih. Kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Sudah pasti sebagai ibubapa kita mahukan yang terbaik untuk anak. Oleh itu bentuklah mereka sejak mereka masih kecil lagi.

Begitu juga dengan berpuasa. Kita perlu mendidik dan melatih mereka sejak mereka kecil. Memang sukar untuk mereka berpuasa dalam usia yang masih kecil. Tapi sebagai ibubapa kita yang perlu kuat dan banyak bersabar. Janganlah kita mengharap bila sekali ajar mereka dah boleh berpuasa. kadang2, anak2 ni pun ikut mood juga. Hari ni boleh tahan puasa satu hari, tapi esok dh tak puasa. Ada pula tu dah dekat nak Asar, merengek2 minta nak minum sebab dahaga. Kan dah rugi kalau berbuka time tu, lagi beberapa jam lagi nak berbuka. Sabar ye ibu2. Jangan cepat marah dengan karenah anak yg sebegini.

Anak saya yg sulung mula puasa penuh semasa umur dia 6 tahun. So, tahun ni dia memang bersemangat untuk melakukan ibadah puasa. Awal2 lagi dia berpesan suruh saya belikan fresh milk sebab nak minum waktu berbuka. So, sebelum Ramadhan saya dah beli stok fresh milk banyak2 khas untuk dia.

Berikut ada beberapa tip bagaimana nak melatih anak2 ni berpuasa. Semua tip ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Kena pahamkan dia, apa itu puasa. Kenapa kita perlu puasa. Supaya nanti dia tahu bahawa dia puasa bukan kerana suka2 ataupun sekadar ikut2 je. Bagi anak yang berumur 5 tahun kebawah tu mungkin sukarlah kot nak memahami erti puasa ni.

2. Pastikan anak kita bersahur. Ini pun cabaran juga bagi kita. Sebabnya bukan senang anak2 nak bangun seawal pagi. Bangun makan pulak tu, luar dari kebiasaannya. So, kenalah ikut rentak dia. Masak apa saja makanan kesukaannya. Kadang2 dia nak bersuap, jadi ikut ajelah kehendak dia asalkan dia bersahur.

3.. Bermula dengan puasa separuh hari. Kemudian bagi pujian kerana dia berjaya puasa walaupun hanya separuh hari. Katakan hari ni dia hanya bertahan sehingga pukul 12 tgh, mungkin esok kita up sikit sampai ke pukul 1.00tgh. Dan juga hari2 seterusnya, tambah je 1jam.. Tapi janganlah kita memaksa.

3. Simpan semua makanan2 yg ada diatas meja supaya tak nampak dari pandangan dia. Paling mencabar bila siadik dengan selambanya makan depan kakak. So, kenalah bagitau adik supaya makan jauh2 dari kakak.. kesian kakak..

4. Untuk bagi dia lupa yg dia sedang berpuasa. Lakukanlah apa2 aktiviti yang melalaikan dia. contohnya, main game ataupun menonton tv.

Seorang ibu pada zaman Nabi SAW yang bernama Ar-Rubayyie binti Mu’awwiz memberitahu: Ketika bulan puasa, anak-anak kecil kami turut sama dididik berpuasa.
Apabila ke masjid (untuk menunaikan sembahyang fardu) bersama mereka, kami menyiapkan untuk mereka permainan (yang diperbuat) daripada benang. Apabila salah seorang mereka menangis kerana lapar (berpuasa) kami berikannya permainan tersebut (supaya dia leka bermain) sehinggalah ke waktu berbuka (puasa). (riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Memberi hadiah tanda penghargaan atas kejayaan dia melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Ini akan memberi dorongan untuk dia berpuasa lagi di tahun hadapan.

Itu je kot antara tip2 yang dapat saya kongsikan. Mungkin ada ibu2 diluar sana yang ada tip2 yg lebih berkesan untuk dikongsikan bersama. Wallahualam..






Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari pertama di Bulan Ramadhan. Dan disepanjang Ramadhan juga aku aku telah menukar waktu kerja dari WP2(8.30 a.m - 5.30 p.m) ke WP1 (8.00 a.m - 5.00 p.m). Disebabkan itu aku terpaksa keluar awal untuk mengejar tren Komuter sebelum pukul 7.00pg.

Aku bangun seawal pukul 4.00 pg. Siapkan makanan untuk sahur dan terus kejutkan hubby serta KakYong. Nasib baik KakYong tak banyak ragam. Terus je bangun bila dikejutkan. Biasanya kalau aku kejutkan kul 6pg untuk mandi dan bersiap ke sekolah, byklah alasan dia. "Tak boleh buka matalah Bu.."; " Sejuklah nak mandi Bu.." 1001 alasan lagilah yg diberinya. dan setiap pagi mmg rutin aku terpaksa membebel... dan byk kali jugaklah aku terlepas tren untuk ke opis.

Mungkin keberkatan Bulan Ramadhan, semua urusan dipermudahkan oleh-Nya.

KakNgah dengan adik mmg tak banyak ragam. Tak susahlah nak kejutkan anak2 aku yg 2 org lagi ni. Bila bgn pagi sentiasa ceria. Pukul 6.30pg dh keluar rumah. Hantar KakNgah n adik ke rumah bbysitter lepas tu terus hubby hantar aku ke stesen Komuter. Last sekali baru hantar KakYong ke sekolah. Kebiasaannya selepas hantar KakNgah dan adik, hantar KakYong dulu. So, disepanjang bulan Ramadhan ini rutin tersebut terpaksa ditukar.

Alhamdulillah hari ni aku sempat naik tren pukul 6.55pg dari stesen Komuter UKM dan sampai opis kul 7.43pg.

Kepada teman-temanku, Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi keberkatan, menghapuskan segala dosa dan menambahkan pahala serta ganjaran kepada kita semua. Amin...







Monday, August 9, 2010

Ramadhan..KehadiranMu Kami nanti...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Salam Ramadhan buat semua...
"Ibu, bila bulan Ramadhan... "
"Lambat lagi ke nak bulan Ramadhan"
"Tak sabarnya KakYong nak puasa"
Itulah antara pertanyaan yg selalu keluar dari mulut anak sulungku sejak akhir-akhir ini.
Aku tanya dia balik. "Kenapa KakYong tak sabar tunggu bulan Ramadhan?"
Lantas dia jawab. " Sebab kalau bulan Ramadhan, syaitan dan hantu semuanya kena ikat. Nanti KakYong dah tak takutlah..." Hehehe... itulah jawapan dari KakYong. Aku tahulah anak aku yang seorang ni memang penakut...nak masuk bilik air pun kena KakNgah temankan.
Di sini aku nak share sedikit info yang aku dapat semasa ceramah agama di opis aku. Ceramah ni diadakan tahun lepas pada 25 Ogos 2009. Ceramah oleh Ustaz Mohd Azim Alias dari JAWI. Nota ceramah ni aku buat sendiri dan masih lagi aku simpan sebagai rujukan.
RAMADHAN
~ Penghulu segala bulan (Puasa disyariatkan pada tahun ke2 Hijrah di Madinah)
~ Bulan ganjaran
~ Digandakan ganjaran bagi segala amalan
~ Kelebihan bulan Ramadhan :-
i. Dibukakan pintu Syurga
ii. Ditutup serapat2nya pintu neraka
iii. Dirantai/digari syaitan2.
"Barang siapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah maka diampunkan dosa2nya yang telah lalu selagi tidak melakukan dosa2 besar"
Puasa terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Menahan diri daripada lapar dan dahaga
ii. Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
Amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan :-
1. Bersederhana ketika berbuka puasa
2. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib.
3. Membaca doa ketika berbuka. “Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah
aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau
wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
4. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Nabi SAW pernah bersabda:“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan
sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)
5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran/ mendengar orang membaca Al-Quran dan
Memperbanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.
6. Mengelakkan daripada bercakap perkara2 yang dusta.
7. Memperbanyakkan bersedekah.

So, sempena Bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan blogger ku dan semua Muslimin serta Muslimat..
Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.





Saturday, August 7, 2010

Setitik Peluh Petani

Salam...
Bunyi macam sedap je tajuk entri aku kali ni... Sebenarnya aku bukannya nak kupas kisah petani pun. Cuma nak bercerita tentang aktiviti hujung minggu aku & famili je. Ingat tak aku pernah cerita pasal kebun kat blkg rumah.

Kali ini, semua tanaman dah semakin membesar dan telah membuahkan hasil. Dan yang pasti, kali ini adik pun dah turut serta bersama-sama dengan Kak Yong & Kak Ngah untuk menolong ayah. Jika sebelum ini adik hanya jadi pemerhati di depan pintu sambil duduk dalam walker, sekarang tidak lagi... :-)

Tengoklah gambar2 kat bawah tu.


Satu famili membersihkan kebun yang dah ditumbuhi rumput.





Tengoklah gelagat adik & kakak2 dia. Seronok tengok diaorg happy.. mentang-mentanglah ibu bagi greenlight, main tanah sampai terduduk atas tanah tu. Takpelah anak-anak, ibu dulu pun masa kecik2 selalu gak main tanah. Saja je ibu bagi peluang, supaya anak-anak ibu nanti sentiasa ingat walau dimana kamu berada, kamu semua tetap org kampung tau. Sebab ayah & ibu ni asalnya dari kampung. Ibu tak mahu anak-anak ibu nanti tengok tanah pun rasa geli... tak mau..tak mau...

Ini adalah antara tanaman yang ada kat belakang rumah aku. Sonang... tak payah poie kodai... amik yo belakang ghumah tu ha... bukannya apa, kekadang nak guna satu jer. Kalau beli kat pasar/kedai, kena beli banyak. Contohnya daun pandan.. kalau nak beli, terpaksa beli satu ikat. Guna satu, yang lain mesti layu. (berdasarkan pengalaman aku la... ibu2 yang lain agak2nya cam aku tak? )

Ha! inilah hasilnya... kalau nak beli ni mesti tak kurang dari RM1. Jimat duit aku... Alhamdulillah...