Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri..

Assalamualaikum.



Dah lama aku tak update blog. Banyak perkara yang berlaku sepanjang Ramadhan ni. Dan banyak benda yang aku nak cerita sebenarnya. Tapi disebabkan kesuntukan waktu, aku tak sempat nak bercerita dalam blog ni.


Ini adalah entry aku yang terakhir dalam bulan Ramadhan ni. Malam nanti aku akan bergerak balik Batu Kurau, Perak. Tahun ni adalah turn raya di kampung aku pulak. seronoknya tak terkata. Lebih2 lagi mak dan adik2 aku dikampung. Anak2 pun dah tak sabar nak balik kampung Opah.


So, sebelum aku balik. Aku nak share sikit aktiviti aku sepanjang Ramadhan ini. Seperti tahun2 sebelum ni, aku berniaga kerepek di opis. Alhamdulillah, permintaan lebih dari tahun lepas. Penat memang penat, tapi puas hati bila tengok hasilnya. Ini adalah gambar2 yang sempat aku snap.


Penuh rumah dengan kerepek. Ini baru 1st trip. 2nd trip aku tak sempat nak ambil gambar.






Ini pulak kerepek yang dihantar ke opis aku. Tengoklah, sampai tak ada tempat nak letak.



Antara kerepek2 yang aku jual. Sample ni aku gantung kat dinding bilik opis aku.






Tahun ni juga aku berjaya buat baju kurung untuk 3 orang anak dara aku tu. Actually, baju raya dah tempah sorang sepasang. Yang ni saja je tunjuk skill. Al-maklumlah baru belajar menjahit. Bangga dengan diri sendiri, walaupun tak habis belajar (setakat belajar potong kain je). Akhirnya dapat juga aku siapkan baju kurung anak2 aku.



KakNgah dengan baju kurung hasil kerjatangan aku.



Balik kampung nanti nak jahit langsir untuk rumah mak aku plak. Minta2 sempatlah siap.. kenalah bawa balik mesin jahit hari ni.


So, kepada semua kawan2 blogger, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kepada yang membuat perjalanan jauh tu, berhati2 dijalan raya. Jangan pandu laju2 ingatlah orang yang tersayang.



Wassalam.



2 comments:

... said...

wah hebatnye hehehe!!

Unknown said...

chaiiyokk...

sila tambah entry di blog anda hoccayy.. :P