Friday, July 15, 2011

Mari Kita Ke Klinik Gigi


Assalamualaikum..

Ini adalah entry tertunda. Kejadian berlaku pada Jumaat 8 Julai 2011 (4.00 p.m). Kami bawa anak2 ke klinik gigi di Klinik Kesihatan Semenyih. Ini adalah kali ke 2 lawatan ke klinik gigi. Kali pertama pada bulan Mac 2011.

Sebab2 ke klinik gigi adalah kerana 2 batang gigi depan kakngah dah rosak. Kesian tengok dia menahan sakit. Buat appoinment dengan klinik gigi di Hospital Annur Bangi (panel opis aku) semua full. So, tak nak tunggu lama kami pegilah ke klinik kesihatan.






KakNgah cool je kali ni. Kagum sebab bila kena suntik, dia sikit pun tak menangis dan tak berkerut pun dahi dia. Ayah dia yang risau, tak sampai hati nak tengok. Kali pertama dtg klinik ni dulu, kakngah langsung tak nak duduk dikerusi tu. Siap bagi arahan kat doktor, "KakNgah tak nak itu, itu, ini, kakngah tak nak gunting!" sambil jari dia menunding ke arah meja yg terdapat segala peralatan utk cabut gigi.




So, dalam masa 3 bulan aku dah brain wash dia. tak nak bagi dia takut pegi klinik gigi. Agaknya mungkin gigi dia dah sakit sangat kot. sebab tu dia lagi rela cabut gigi tu.





Kakngah, selepas disuntik dengan ubat kebas. Masih boleh tersenyum.







Selepas kehilangan gigi 2 batang. Juga masih boleh tersenyum






Kakngah, selepas beberapa hari kehilangan 2 batang gigi depan. sudah boleh tersenyum ceria. Dia cakap "Kakngah tak sabar nak tunggu gigi kekal tumbuh, nanti gigi kakngah dah cantiklah ibu kan.."



Ini pulak adik. Dia ok jer bila nurse nak tgk gigi dia. Gigi adik cantik, sebab tak ada yg rosak.



Adik dengan senyumannya yang manis.



Ini adalah Kakyong, gambar ini diambil pada bulan Mac 2011. Masa ni gigi kakyong dah goyang. Sebab tu pegi klinik. tak nak simpan lama2 nanti gigi berlapis. Tak cantik.


p/s: Pastikan anak anda gosok gigi sebelum tidur. selepas minum susu, pastikan dia berkumur dahulu sebelum masuk tidur dan jangan biarkan dia menggonggong botol susu kerana ini boleh menyebabkan gigi anak anda rosak. Ini yang terjadi pada Kakngah. dia tak boleh tidur tanpa botol susu dimulutnya. Alhamdulillah lepas kena cabut gigi, kakngah dah tak minum susu guna botol lagi. Ada hikmah rupanya...

4 comments:

kak ina kl said...

baguslah anak kamu ni..gembira ajer jumpa doc gigi..tak mcm anak kecik akak tu ..muka berkerut kalau nak jumpa doc gigi ni...akak pun sama gak..gabralah dibuatnya

Wan Anie said...

saya x pernah bawa anak2 gi klinik gigi, agaknya camana yer... gigi2 susu hakim sudah 3 yg tercabut, semuanya mudah jer... gigi Aiesyah dan Umar masih elok so far...

Haritu ada diorang citer dr tengok gigi kat taska... dr cakap gigi aiesyah cantik!, aiesyah cakap :)

Laman Alia said...

Kak Ina,
Ini kali ke3 ke klinik gigi. Kali pertama tahun lepas kat klinik swasta. Kali ke2 bln mac 2011 kat klinik kesihatan. Sblm ni pun sama juga, muka berkerut. Tapi mungkin dh biasa sikit ko, tu yg berani kali ni. :-)

Laman Alia said...

Wan,
Baguslah anak2 Wan gigi cantik2. Pandai diaorg jaga.Kekalkan macam tu. Anak ida, Kakngah sorang je gigi tak cantik. Dulu, langsung tak nak gosok gigi. Kakyong gigi bawah dia berlapis. tu yg bila bergoyang je gigi depan bhgn atas,terus bw gi klinik.