Sunday, December 6, 2009

Loghat Negeri Sembilan(N9)

Aku dari dulu lagi suka dengar kalau org bercakap dalam loghat N9 ni. ghalit aku dibuatnya.. ingat lagi masa kecik-kecik dulu ada drama Milah & Ujang..memang aku tak pernah miss... tak sangka pula aku, akhirnya aku akan berkahwin dengan orang N9. Dah jodoh...

Hubby aku asal Negeri Sembilan(N9), aku org Perak. So, kat rumah kitaorg guna bahasa standard.. loghat Perak tak ada, loghat N9 pun tak ada.. fair orang kata.

Satu hari tu aku cakap kat hubby, kalau boleh aku nak anak-anak tahu asal usul ibu&ayah diaorg. dari segi adat, percakapan n lain-lain yang seumpama dengannya... so, aku suruhlah hubby cakap guna loghat N9 dengan anak-anak... Hubby aku apa lagi terus bagi arahan dalam loghat N9. Memula kat Kak Yong....

Ayah : "Kak Yong, poie la tolong Ibu lipek kain tu ha..."
Kak Yong :"Ayah, kak yong dah lopek la kain tu.."

Hahaha... memang sakit perut aku & hubby gelak masa tu... itu cerita kak yong.. sekarang nak cerita pasal kak ngah pula. Hari tu kak ngah minta ayah dia buatkan susu...

Ayah : "Mano botol kau..poie la ambik botol kau..."
kak Ngah :"botol kau?... ni ayah botol kau"..(sambil tunjuk botol susu dia kat ayah...)

Bila dipikir-pikir, memang gelak sorang-sorang aku..

Tapi anak-anak aku memang fleksibel.... balik N9 dia boleh faham loghat N9 & bila balik Perak, boleh pula faham apa opah dia cakap... cuma diaorang tak fasih nak bercakap jer... kekadang tu keluar gak satu dua perkataan loghat N9/loghat perak.

Paling aku tak boleh lupa, ada satu hari tu masa balik N9...
Sudah jadi kebiasaan kak ngah bila dah sudah mandi, dia akan menjerit kat depan pintu bilik air minta tuala... biasanya kalau kat kajang dia akan cakap "Ibu.. nak towel.." (cakap omputeh lagi)..

Tapi hari tu kat kampung Atuk dia kat Pasoh.. keluar jer bilik mandi dia terus jerit "Ibu dah sudah... nak kain sal. cepatlah bagi kain sal..."

Aik..macam mana boleh tukar ni... automatik tukar ke loghat N9.. rasanya kalau org luar mesti tak tahu apa itu kain sal... mesti ingat kain salmah ke kain salbiah ke... sebenarnya kain sal tu adalah tuala mandi...
aku mula2 kawin dulu pun tak paham jugak..kadang-kadang asyik kena tipu jer dgn hubby n adik2 dia.. kita yg tak paham ni... iyekan jelah... manalah tahu org nak kenakan kita... nasib baik dapat mak mertua sporting... (Al-Fatihah buat ibu mertuaku yang tersayang... umurnya tak panjang... dia pergi mengadap Ilahi tanggal 26 april 2006 kerana sakit Leukimia... )

Tapi sekarang diaorg dah tak boleh nak tipu aku lagi.. walaupun aku tak fasih bertutur dalam loghat N9.. tapi aku tetap faham apa yg diorg bualkan.. :-)

Apa yang penting bagi aku, anak-anak tahu asal usul ibu dan ayah... walau dimana mereka berada, dalam diri mereka tetap mengalir darah keturunan N9 + Perak tu... :-)

2 comments:

DJari-Hana said...

anak2 dah jadi org Semenyih daaaaa..hehehhe

Iza Shariza said...

hahahhaaaaa... citer lawak ni...
paling lawak yg 'botol kau'.. hahahahaa!!!!