Sunday, December 27, 2009

My hubby's birthday...


Hari ini 27 Disember 2009, adalah hari lahir hubbyku yg ke 32. "Selamat Hari Lahir Abang". Doaku sentiasa mengiringi abang agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Semoga Abang dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan kehidupan dan tabah menghadapi segala dugaan serta rintangan yang datang.


Semoga kasih sayang abang terhadapku dan anak2 sentiasa mekar dan Semoga abang sentiasa menjadi suami dan ayah yang terbaik buatku dan anak2...


Semoga tahun baru ini memberikan abang lebih semangat untuk memajukan diri dan keluarga... dan doaku agar perniagaan abang bertambah baik dan semakin maju... Semoga Allah memberkati segala usaha yang telah kita lakukan... AMIN...

Sunday, December 13, 2009

Santai Bersama Keluarga


Hari ni ada tournament "Panggilan Bowling AAN9" kali pertama yang dianjurkan oleh Group Anak-Anak Negeri Sembilan. Disebabkan hubby aku dah jadi Urusetia + peserta dalam tournament tu, aku dan anak2 pun turut serta. Nak bagi sokonganlah katakan... walaupun hakikatnya aku bukanlah anak jati Negeri Sembilan...




<---- NameTag kitaorg. Tengok tu, gelaran aku kat AAN9 adalah Kak CEO...

Ni semua hubby akulah yg bagi gelaran...sampai lekat nama tu kat AAN9.


Kalau masin mulut anak-anak Negeri Sembilan ni, jadi CEO lah aku nanti. Amin.... ---->





Hubby aku jadi URUSETIA.

Hubby aku dah lama tak main bowling ni. Last dia main pada tahun 2007. Time tu dia masih lagi bekerja dengan Penerbit Pelangi Sdn. Bhd.


Piala yang dimenangi semasa Tournament tahun 2007. Dah lama sangat...




So, hari ni memang main redah je... x de training langsung... Konon2nya nak pegi awal hari ni.. target paling lewat pun pukul 2 dah ada kat Seremban Parade.Sebab register dari kul 12 - 2.30pm. Game start kul 3.


Tapi biasalah, kita hanya merancang... dengan budak2 tiga orang tu, mana boleh nak ontime.... aku bangun mmg awal. Buat sarapan dan sempat lagi aku mengemas rumah. Almaklumlah, rumah baru... mestilah bersemangatlah nak mengemas...

(to Ana,k.pnut,iza,ina,mai,nurul,aisyah serta kengkawan yg lain, sorilah yer x dapat nak post lagi citer pasal rumah baru kat blog ni.... TUNGGUUU..... :-) saja je nak wat surprise... mcmlah cantik sgt rumah aku... biasa2 je... actually, aku tak sabar nak tengok rumah baru iza... mesti hebat...)

Aku gerak dari rumah lepas zohor... hubby aku dah cakap kalau x sempat nak register, just bagi sokongan jelah.. ngam-ngam kul 3 kami sampai Seremban Parade. Bila masuk je dalam pusat bowling tu, terdengar suara DJ Affa bagi pengumuman "Diumumkan ketibaan abang Boyo Togel..." terperanjat kami anak beranak... hubby aku terus senyum kambing(bukan senyum boyo... :-) ) sambil tolak stroller anak...

Nasib baiklah sempat register... akhirnya inilah gambar2 yg sempat aku snap semasa kami disana...


Ada gaya....




Kak Ngah sempat berposing




Adik kesejukan.. kesian dia, ibu lupa nak baju sejuk adik...



Kak Yong bersama hadiah Cabutan --Bertuah... (bertuah plak aku kat sini... biasanya kat opis tak pernah langsung dapat cabutan bertuah.....) Tuah anak2...








<---- Bukan aku sorang yang dapat, hubby pun dapat Cabutan Bertuah gak... :-)







Tengoklah aksi2 my hubby....

Bukan setakat hubby jadi urusetia.. anak2 pun turut jadi 'Penolong Urusetia'...


Perasan tak siapa yang tengah dukung Kak Ngah tu. Kalau siapa ada mengikuti cerita 'Aku Budak Minang' mesti perasan kot... Itu adalah pelakon yang memegang watak Aca..

sorilah gambar blur...



Memang happy la anak2 aku time tu... walaupun penat melayan karenah anak2, tapi puas hati... Tak rugi pergi, meskipun hubby aku x menangpun.. at least disitu kami boleh kenal ramai kawan baru... walaupun sebelum ini hanya kenal di Facebook...sekali jumpa dah rasa macam adik beradik...



Dikesempatan ini, aku nak ucapkan tahniahlah kepada tenaga kerja AAN9 yang tak pernah kenal erti penat. sanggup bersengkang mata untuk menjayakan program yg julung kali diadakan ini.... terutamanya kepada Affa, Wati, Angah Wani,Uzie, Amy Kamal, Atam, Anim,bang lunia,kak Rita... kepada pengasas FB AAN9, Rokok Daun. Tahniah diucapkan kerana ideanya ini, group ini akan mengorak langkah lebih jauh. semoga dapat memberi manafaat kepada semua AAN9.... amin...


Sunday, December 6, 2009

Loghat Negeri Sembilan(N9)

Aku dari dulu lagi suka dengar kalau org bercakap dalam loghat N9 ni. ghalit aku dibuatnya.. ingat lagi masa kecik-kecik dulu ada drama Milah & Ujang..memang aku tak pernah miss... tak sangka pula aku, akhirnya aku akan berkahwin dengan orang N9. Dah jodoh...

Hubby aku asal Negeri Sembilan(N9), aku org Perak. So, kat rumah kitaorg guna bahasa standard.. loghat Perak tak ada, loghat N9 pun tak ada.. fair orang kata.

Satu hari tu aku cakap kat hubby, kalau boleh aku nak anak-anak tahu asal usul ibu&ayah diaorg. dari segi adat, percakapan n lain-lain yang seumpama dengannya... so, aku suruhlah hubby cakap guna loghat N9 dengan anak-anak... Hubby aku apa lagi terus bagi arahan dalam loghat N9. Memula kat Kak Yong....

Ayah : "Kak Yong, poie la tolong Ibu lipek kain tu ha..."
Kak Yong :"Ayah, kak yong dah lopek la kain tu.."

Hahaha... memang sakit perut aku & hubby gelak masa tu... itu cerita kak yong.. sekarang nak cerita pasal kak ngah pula. Hari tu kak ngah minta ayah dia buatkan susu...

Ayah : "Mano botol kau..poie la ambik botol kau..."
kak Ngah :"botol kau?... ni ayah botol kau"..(sambil tunjuk botol susu dia kat ayah...)

Bila dipikir-pikir, memang gelak sorang-sorang aku..

Tapi anak-anak aku memang fleksibel.... balik N9 dia boleh faham loghat N9 & bila balik Perak, boleh pula faham apa opah dia cakap... cuma diaorang tak fasih nak bercakap jer... kekadang tu keluar gak satu dua perkataan loghat N9/loghat perak.

Paling aku tak boleh lupa, ada satu hari tu masa balik N9...
Sudah jadi kebiasaan kak ngah bila dah sudah mandi, dia akan menjerit kat depan pintu bilik air minta tuala... biasanya kalau kat kajang dia akan cakap "Ibu.. nak towel.." (cakap omputeh lagi)..

Tapi hari tu kat kampung Atuk dia kat Pasoh.. keluar jer bilik mandi dia terus jerit "Ibu dah sudah... nak kain sal. cepatlah bagi kain sal..."

Aik..macam mana boleh tukar ni... automatik tukar ke loghat N9.. rasanya kalau org luar mesti tak tahu apa itu kain sal... mesti ingat kain salmah ke kain salbiah ke... sebenarnya kain sal tu adalah tuala mandi...
aku mula2 kawin dulu pun tak paham jugak..kadang-kadang asyik kena tipu jer dgn hubby n adik2 dia.. kita yg tak paham ni... iyekan jelah... manalah tahu org nak kenakan kita... nasib baik dapat mak mertua sporting... (Al-Fatihah buat ibu mertuaku yang tersayang... umurnya tak panjang... dia pergi mengadap Ilahi tanggal 26 april 2006 kerana sakit Leukimia... )

Tapi sekarang diaorg dah tak boleh nak tipu aku lagi.. walaupun aku tak fasih bertutur dalam loghat N9.. tapi aku tetap faham apa yg diorg bualkan.. :-)

Apa yang penting bagi aku, anak-anak tahu asal usul ibu dan ayah... walau dimana mereka berada, dalam diri mereka tetap mengalir darah keturunan N9 + Perak tu... :-)