Friday, September 9, 2011

Sabarlah Wahai Hati....

Assalamualaikum..

Hari ni genap 11 hari kita di bulan Syawal. Bermakna dah 11 hari Ramadhan tinggalkan kita. kejap je kan masa berlalu. Hari ni juga hampir seminggu aku berdepan dengan saki gigi.. almaklumlah, dah tua2 baru gigi geraham yang paling bongsu nak keluar. Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Tembam sebelah pipi aku. Dapat sekali dengan pakej.. DEMAM... Subhanallah.. Hilang nikmat makan... dah la raya, macam-macam makanan ada. Tapi aku hanya mampu pandang je... kesian..

Aku rasa, sakit nak bersalin 3 orang puteri tu aku boleh tahan. Tapi bila sakit gigi ni boleh buat air mata aku mengalir.. Nasib baik Mr. Hubby setia melayan.. masak makanan untuk aku... Setelah seminggu, hari ni tumpah juga air mataku. Kenapa aku menangis?

PERTAMA, aku bayangkan macam nilah rasanya orang yang nak makan tetapi tak boleh langsung nak makan. Waima sebutir nasi pun payah nak dikunyah... betul2 hilang nikmat makan tu.. kalau Allah nak tarik nikmat tu sekejap je kan..

KEDUA, aku rasa insaf. Betapa kerdilnya aku disisi Allah S.W.T. Sehingga aku berdoa, Ya Allah, sekiranya sakit ini adalah salah satu cara untuk Kau hapuskan dosa2ku, aku redha. Agar, bila tiba masanya untukku menjadi tetamu Mu, jiwa ragaku berada dalam keadaan yang bersih.

KETIGA, aku terharu dengan kesabaran Mr. Hubby melayanku dan mengesat air mata yang mengalir di pipi. Disaat begini, dia sentiasa disisi melayanku. Menyuapkan ubat untukku, walaupun sebenarnya aku boleh lakukan sendiri.. (mengada2 je yg lebih).

Tak tahulah bila kesakitan ini akan berlalu pergi. Selepas cuti raya, sambung pula dengan 2 hari MC. Aku hanya bertahan dengan pain killer. Minggu depan ada temujanji dengan dentist, tak taulah dia nak buat apa.

Hanya yang boleh aku katakan, AKU REDHA,,, sabarlah wahai hati...

p/s : Nasib baik 3 puteriku memahami kesakitan yang ku tanggung. Bila diaorang tanya, "Ibu dah Okay?"; Itu sudah cukup meredakan kesakitanku...

2 comments:

Wan Anie said...

sabar

betullah sakit penghapus dosa jika kita redha dan sabar...

Saya boleh bayangkan sakitnya sebab baru jer kena haritu... lebih seminggu berdenyut-denyut sampai jumpa dentist nak cabut gigi yg baru tumbuh tu...

sepanjang sakit tu saya makan bubur nasi hari2....

bila dah habis keluar tunggul gigi tu sakit akan hilang, kalau tak tahan amik pil tahan sakit... boleh minta kat dentist.

Laman Alia said...

Terima kasih Wan. Hari ni pun terpaksa mc lagi. minta2 cepatlah sembuh..
Nak mengeluh pun tak elok, nanti kurang plak pahala..sabar jelah..he3