Friday, August 13, 2010

Abu Zar dan Rasulullah Part I


Pada suatu hari Abu Zar datang ke masjid. Ketika itu Rasulullah duduk bersendirian di situ. Abu Zar terus duduk berdekatan dengan Rasulullah.

"Abu Zar, bagi masjid ada penghormatannya. Penghormatannya dengan sembahyang 2 raka'at. Bangun dan sembahyanglah 2 raka'at". Tegur Rasulullah.

Abu Zr bangkit menunaikan sembahyang 2 raka'at - sunat tahiyatul masjid. Setelah selesai dia kembali menghadapi Rasulullah.

"Rasulullah, tuan menyuruh aku menunaikan sembahyang. Apakah sembahyang itu?"
"Tempat yang terbaik untuk engkau meminta banyak atau meminta sedikit."

"Wahai Rasulullah, apakah tugas yang istimewa sekali?"
"Beriman kepada Allah dan berjihad di jalannya."

"Manakah orang mukmin yang paling sempurna iman mereka?"
"Yang paling baik akhlaknya"

"Mukmin manakah yang menyelamatkan wahai Rasulullah?"
"Mereka yang menjaga lidah dan tangannya daripada menyakiti orang lain"

"Wahai Rasulullah hijrah manakah paling utama?"
"Orang yang berhijrah daripada kejahatan."

"Sembahyang manakah yang lebih utama?"
"Sembahyang yang panjang Qunutnya."

"Wahai Rasulullah, apakah puasa itu?"
"Suatu kewajipan yang diberikan balasan di sisi Allah. Ia berlipat kali ganda."

"Wahai Rasulullah, jihad manakah yang paling utama?"
"Orang yang luka dan syahid."

"Wahai Rasulullah, hamba manakah yang paling istimewa?"
"Yang paling tinggi harga dan jiwanya di sisi Tuhannya."

"Wahai Rasulullah, sedekah manakah yang paling istimewa?"
"Usaha untuk menggembirakan orang fakir."

"Ayat manakah yang diturunkan kepada engkau paling agung sekali?"
"Ayat Kursi."

"Berapa jumlah Kitab yang diturunkan oleh Allah?"
"104 semuanya. 50 Suhuf kepada Syith, 30 Suhuf kepada Khanuth, 10 Suhuf kepada Ibrahim, 10 Suhuf kepada Musa sebelum Taurat. Dan diturunkan Taurat, Injil, Zabur dan Furqan."

"Wahai Rasulullah, apakah kandungan Suhuf Ibrahim?"
"Di dalamnya penuh dengan perumpamaan. Contohnya, wahai raja yang berkuasa , yang diuji dan yang ditipu. Sesungguhnya aku tidak diutuskan kepada engkau untuk mengumpulkan kekayaan di dunia ini. Tetapi aku diutuskan kepada engkau untuk mengembalikan hak orang yang dizalimi, sekalipun dari orang kafir. Contoh yang lain, sewajarnya setiap yang berakal, sekali akal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masanya kepada empat waktu waktu. Waktu dia bermunajat kepada tuhannya, waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya, waktu untuk dia menunggu usaha keperluannya seperti mencari makan dan minum. Dan orang yang berakal tidak akan bergerak kecuali 3 perkara. Berakal untuk kehidupan yang kan datang atau berpisah untuk kehidupan sementara atau berlazat2 dalam perkara yg tidak haram. setiap org bakal memerhati zamannya, tersusun urusannya dan menjaga lidahnya. Sesiapa yang menjaga percakapannya, maka sedikitlah percakapannya melainkan perkara yg berguna."

Bersambung di Abu Zar dan Rasulullah Part II..


Sumber : Buku Peperangan Khandak








1 comment:

nur said...

nice n good info
folo u n folo me back