Tuesday, August 17, 2010

Abu Zar dan Rasulullah Part II


"Wahai Rasulullah, apakah yang terkandung dalam suhuf Musa?"
"Kesemua Suhuf Musa adalah pengajaran. Aku hairan melihat orang yg yakin tentang kematian kemudian masih bergembira. Aku hairan melihat orang yg yakin terhadap neraka kemudian masih ketawa. Aku hairan melihat org yg yakin dengan ketentuan Allah kemudian dia masih kecewa. Aku hairan melihat dunia memutar balikkan penghuninya kemudian dia masih tenang hati terhadap dunia. Aku hairan melihat orang yang yakin wujudnya hari hisab kemudian dia masih tidak beramal."

"Wahai Rasulullah, berilah wasiat kepadaku."
"aku wasiatkan kepadamu supaya bertaqwa kepada Allah. Ia adalah asas segala urusan."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Hendaklah kamu membaca Al-Quran. Ia adalah cahaya bagimu di dunia dan zikir bagimu di langit."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Jangan banyak ketawa. Ia mematikan hati dan menghilangkan cahaya di muka."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Hendaklah kamu senyap kecuali ada kebaikan. Ia menjauhkan syaitan dari kamu dan membantu agamamu."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Kasihanilah orang miskin, duduklah bersama mereka."

"Tambah lagi wahai Rasulullah."
"Lihatlah kepada orang yang dibawah kamu. Jangan lihat orang yang di atas kamu. Kamu lebih bersyukur dengan nikmat yang ada di sisi kamu."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Hubungilah kaum kerabatmu sekalipun mereka memutuskannya."

"Wahai Rasulullah, tambahlah lagi."
"Jangan takut dengan celaan orang dalam beriman kepada Allah."

"Lagi Rasulullah."
"Katakanlah perkara yang benar walaupun pahit."

"lagi."
"Kemudian Nabi menepuk dada Abu Zar sambil berkata, "Wahai Abu Zar, tidak ada kepintaran seperti kepintaran mentadbir, tidak wara' menahan diri dan tiada kecantikan seperti keelokan Allah."


Sumber : Buku Peperangan Khandak


3 comments:

Amri Rani said...

Salam...
Ari tu bc part 1, ni ada part 2 plak...
bagus la share kat sini...
ilmu yg dimanafaatkn dpt pahala....
pakwi dpt ilmu...
TQ byk2 deh...

Laman Alia said...

salam..

sama2 pakwi... utk diri sendiri n utk dikongsi juga.. saya baca n saya share...terima kasih kerana pakwi sudi membacanya :-)

kak ina kl said...

tq bagi info..

akak memang galakkan anak-anak menabung jika mereka nak beli kehendak hati..walaupun kita mampu biar dia menabung sendiri.