Monday, August 9, 2010

Ramadhan..KehadiranMu Kami nanti...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Salam Ramadhan buat semua...
"Ibu, bila bulan Ramadhan... "
"Lambat lagi ke nak bulan Ramadhan"
"Tak sabarnya KakYong nak puasa"
Itulah antara pertanyaan yg selalu keluar dari mulut anak sulungku sejak akhir-akhir ini.
Aku tanya dia balik. "Kenapa KakYong tak sabar tunggu bulan Ramadhan?"
Lantas dia jawab. " Sebab kalau bulan Ramadhan, syaitan dan hantu semuanya kena ikat. Nanti KakYong dah tak takutlah..." Hehehe... itulah jawapan dari KakYong. Aku tahulah anak aku yang seorang ni memang penakut...nak masuk bilik air pun kena KakNgah temankan.
Di sini aku nak share sedikit info yang aku dapat semasa ceramah agama di opis aku. Ceramah ni diadakan tahun lepas pada 25 Ogos 2009. Ceramah oleh Ustaz Mohd Azim Alias dari JAWI. Nota ceramah ni aku buat sendiri dan masih lagi aku simpan sebagai rujukan.
RAMADHAN
~ Penghulu segala bulan (Puasa disyariatkan pada tahun ke2 Hijrah di Madinah)
~ Bulan ganjaran
~ Digandakan ganjaran bagi segala amalan
~ Kelebihan bulan Ramadhan :-
i. Dibukakan pintu Syurga
ii. Ditutup serapat2nya pintu neraka
iii. Dirantai/digari syaitan2.
"Barang siapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah maka diampunkan dosa2nya yang telah lalu selagi tidak melakukan dosa2 besar"
Puasa terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Menahan diri daripada lapar dan dahaga
ii. Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa
Amalan-amalan sunat di bulan Ramadhan :-
1. Bersederhana ketika berbuka puasa
2. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib.
3. Membaca doa ketika berbuka. “Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah
aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau
wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
4. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Nabi SAW pernah bersabda:“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan
sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)
5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran/ mendengar orang membaca Al-Quran dan
Memperbanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan.
6. Mengelakkan daripada bercakap perkara2 yang dusta.
7. Memperbanyakkan bersedekah.

So, sempena Bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan-rakan blogger ku dan semua Muslimin serta Muslimat..
Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.





No comments: