Sunday, August 15, 2010

Mari Menabung

Salam...

Alhamdulillah... sudah 4 hari kita berpuasa. Ini bermakna KakYong pun telah berpuasa penuh selama 4 hari. Sungguh kuat semangat anak sulungku ini. Walaupun tgh hari tadi adik2 makan depan dia, tidak sedikit pun melemahkan semangat dia. Semoga Allah bagi kekuatan pada KakYong untuk meneruskan puasa sehingga habis Ramadhan. .. Amin..
Hari ni aku nak bercerita pasal menabung. Penting sebenarnya menabung ni... bak kata pepatah "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit."

Aku didik anak aku yg sulung menabung sejak umur dia 1thn lebih... ingat lagi tabung pertama KakYong adalah tabung bangunan Tabung Haji. So, setiap kali aku n hubby balik dari kerja, kami akan berikan semua syiling pada KakYong untuk dimasukkan kedalam tabung. Tapi dengan pantauan la.. sebab masa tu dia kecik lagi. Takut nanti bukannya dibawa masuk ke tabung, tp masuk ke mulutnya plak.. mula2 tu mmg dia x pandai nak masukkan duit ke dalam lubang tabung tu... kita plak kena pegang tangan dia.. tp lama2 dh ok.

Setiap hari rutin dia adalah menabung, pernah sekali tu kami terlupa nak bagi syiling pada dia sehinggakan dia sendiri buka wallet aku dan ambil syiling tu sendiri.

Tabung kedua KakYong adalah tabung unta. Masa tu hubby aku buka insuran Eduplan di Ambank.

Selepas Kakyong, diikuti pula oleh KakNgah. tabung pertama KakNgah pun tabung bangunan Tabung Haji juga.

Kakngah cepat sikit belajar menabung, sebab dia terikut2 dengan KakYong. Masing2 berlumba nak penuhkan tabung masing2. so, aku dgn hubby terpaksalah bahagi 2. Sebahagian utk KakYong dan sebahagian lagi KakNgah.

Sejak KakYong dah sekolah ni, aku x perlu lagi bagi syiling pada dia. Sebab dia akan simpan baki duit belanja sekolah yg aku berikan tiap2 hari. Sehari aku bagi RM5. Sekolah Kebangsaan RM3, Sekolah Agama RM2. So, setiap hari pasti ada duit lebih, paling kurang pun 50 sen dia akan simpan dalam tabung.

Dan aku juga bagi Buku Wang Saku untuk dia tuliskan apa saja perbelanjaan dia setiap hari. Buku tu aku beli di Ambank. RM1 je harga buku tu.

Inilah buku wang saku KakYong
Ini pula senarai perbelanjaan dia setiap hari.

Ini adalah tabung KakYong. Yg sebelah tu Tabung KFC tapi dah tak guna lagi. Semuanya ditansfer ke tabung yang besar tu.


Ini pula tabung KakNgah. Tengoklah tabung KFC dia tu, mana pegi penutupnya tu. Rasanya ada dlm kotak mainan diaorg ni. Beli tabung KFC ni pun atas permintaan diaorg juga. Sebab ada muzik. Tapi muzik tu pun bukannya tahan lama lepas tu rosak.

Ini ada beberapa tips utk menggalakkan anak2 menabung:-

1. Ajar mereka menabung seawal usia mereka. Walaupun mereka masih tak mengerti lagi apa itu duit dan apa itu tabung.

2. Belikan tabung yang telus. Sambil anak memasukkan wang ke dalam tabung itu setiap hari, dia boleh tengok wangnya semakin bertambah dan tidak lama lagi bolehlah dia mencapai matlamatnya. Anak yang lebih besar boleh menyimpan rekod simpanan dalam buku nota dan buat pengiraan setiap minggu.

3.Tetapkan matlamat menabung. Mungkin duit dah banyak nanti boleh beli buku ataupun sesuatu yang berguna untuk mereka.

4. Setiap kali berurusan dengan bank untuk masukkan duit tabung mereka, libatkan mereka sekali. Dengan cara ini mereka semakin berminat untuk menabung.


SELAMAT MENCUBA!







8 comments:

mamiraysha said...

Idea yang bagus! Anak saya dah 2 thn 2 bln pun saya belum ajar lagi..nak ajar la lepas ni.. tapi duit kena share 2 la..sebab mummy dia ni baru je tubuhkan tabung holiday! nak pi holiday thn depan..hehe..

Laman Alia said...

mamyraysha,

eloklah ajar dr skrg.. belum terlewat lagi kan... moga2 dpt pegi holiday thn depan... :-)

sop said...

sikit2 lama2 jadi bukit..

Laman Alia said...

sop..
betul3.. :-)

sweetsal said...

elok tu menabung dari kecil..biar besar senang nti..

kakngah said...

btl tu.. kene terapkan sejak diorg kecik lg.. pastu ajar berbelanja secara berhemah... camne nk bezakan antara keperluan & kehendak....

ejum said...

bagus lar..menabung mmg kena didik dari kecik2.. :)

Miss Annaz said...

bagus ajar anak menabung...
ajar spy x boros...