Saturday, August 7, 2010

Setitik Peluh Petani

Salam...
Bunyi macam sedap je tajuk entri aku kali ni... Sebenarnya aku bukannya nak kupas kisah petani pun. Cuma nak bercerita tentang aktiviti hujung minggu aku & famili je. Ingat tak aku pernah cerita pasal kebun kat blkg rumah.

Kali ini, semua tanaman dah semakin membesar dan telah membuahkan hasil. Dan yang pasti, kali ini adik pun dah turut serta bersama-sama dengan Kak Yong & Kak Ngah untuk menolong ayah. Jika sebelum ini adik hanya jadi pemerhati di depan pintu sambil duduk dalam walker, sekarang tidak lagi... :-)

Tengoklah gambar2 kat bawah tu.


Satu famili membersihkan kebun yang dah ditumbuhi rumput.





Tengoklah gelagat adik & kakak2 dia. Seronok tengok diaorg happy.. mentang-mentanglah ibu bagi greenlight, main tanah sampai terduduk atas tanah tu. Takpelah anak-anak, ibu dulu pun masa kecik2 selalu gak main tanah. Saja je ibu bagi peluang, supaya anak-anak ibu nanti sentiasa ingat walau dimana kamu berada, kamu semua tetap org kampung tau. Sebab ayah & ibu ni asalnya dari kampung. Ibu tak mahu anak-anak ibu nanti tengok tanah pun rasa geli... tak mau..tak mau...

Ini adalah antara tanaman yang ada kat belakang rumah aku. Sonang... tak payah poie kodai... amik yo belakang ghumah tu ha... bukannya apa, kekadang nak guna satu jer. Kalau beli kat pasar/kedai, kena beli banyak. Contohnya daun pandan.. kalau nak beli, terpaksa beli satu ikat. Guna satu, yang lain mesti layu. (berdasarkan pengalaman aku la... ibu2 yang lain agak2nya cam aku tak? )

Ha! inilah hasilnya... kalau nak beli ni mesti tak kurang dari RM1. Jimat duit aku... Alhamdulillah...

No comments: