Friday, August 20, 2010

Sibukkah Aku?...

Salam...

Pejam celik dah masuk 10 hari kita berpuasa. Sepanjang minggu ni aku tak berkesempatan nak update blog...

Minggu ni terasa cepat sangat berlalu. Mana taknya aku ada training Jasper selama 3 hari bermula Isnin hingga Rabu. Memang fulltime dalam training room tu. Cuma waktu rehat jer aku balik ke bilik dan sempatlah jenguk2 kejap blog aku dan membalas kunjungan kawan2 blogger yg mana singgah dan tinggalkan jejak di shoutbox aku... "Terima kasih kepada teman2 blogger yg sudi singgah dan follow aku"

Kerja pun banyak yang perlu disiapkan. So, bila habis training kenalah sambung buat kerja plak. dengan nak settlekan aduan user dan nak buat testing sistem.. mcm2 lah...

Minggu ni dan minggu depan juga adalah minggu exam untuk Kakyong. Minggu ni exam Sekolah Agama dan minggu depan exam Sekolah Kebangsaan. Setiap kali Kakyong exam, akulah org yang paling risau. Takut dia tak boleh jawab soalan. Pada hal KakYong baru je Darjah 1 bukannya peperiksaan UPSR pun... tp itulah hakikatnya, aku yang terlebih risau.

Dan seperti biasalah, bila Kakyong exam aku pun turut sama kena study dengan dia. Kalau bukan bulan puasa, selepas balik dari kerja kitaorg akan makan kat luar dulu. Sebab malamnya aku nak beri tumpuan pada Kakyong... ibunya pun studylah juga... Kalau tak buat macam tu, dia tak dapat nak bagi perhatian sepenuhnya dengan apa yang dia baca. selepas dia study, biasanya aku akan tanya beberapa soalan. Nak uji sama ada dia ingat atau tak apa yg dibaca.

Hari ni adalah hari terakhir exam kat Sekolah Agama, subjek Fiqh. Semlm dalam pukul 9.00mlm baru dia start baca buku. Biasanya, selepas habis baca aku akan tanya soalan pada dia. Tapi semalam terbalik. Aku suruh dia pula test aku. Tak nak bagi dia boringlah.. asyik dia je yang kena jawab. Tapi sebenarnya, bila dia tanya aku buat2 tak ingat. So, dia juga yang kena terangkan balik... sama je sebenarnya.. kali ni dia tanya dan dia yang jawab... hehehe..

Bila balik rumah aku akan tanya dia "macam mana exam, boleh jawab tak?" Dengan selambanya dia akan jawab "Senang je bu.." Legalah untuk minggu ni. tunggu pula exam Sekolah Kebangsaan minggu depan. So, Sabtu/Ahad ni kenalah dia study lagi... aku yg tak exam ni pun penat, mesti dia lagi penat. Nak buat macam mana KakYong dah macam tu hidup sebagai seorang pelajar.

Pernah dia tanya aku, "Ibu kenapa asyik kena ambil periksa je? Tak boleh ke ambil sekali je periksa." Terdiam sekejap aku. Nak pikirkan apakah jawapan yang paling sesuai untuk aku jawab. Sebab dari air muka dia aku nampak dia penat. Aku tak mahu dia rasa stress. Lalu aku jawab "KakYong, kalau cikgu tak buat periksa cikgu tak tahu Kakyong faham ke tak apa yg cikgu ajar. Macam mana cikgu nak tahu KakYong pandai ke tidak kalau tak ada periksa.. Kalau ada periksa, lepas tu Kakyong boleh jawab semua. Barulah cikgu tahu KakYong faham apa yang cikgu ajar dan KakYong sebenarnya budak yang bijak." Terus dia senyum...

Dalam hati aku berdoa agar janganlah wujud perasaan bosan atau malas untuk belajar dalam diri Kakyong. Semoga Allah terangkan hati dan pemikiran KakYong. Perjalanan dia masih jauh... terlalu jauh....


1 comment:

Unknown said...

salam..rasanya budak perempuan jarang nak merungut bila time belajar..cuma kena kasi dorongan untuk beliau semuga beliau rajin belajar.