Thursday, August 12, 2010

Melatih Anak Kecil Berpuasa


Assalammualaikum.

"Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Itulah pepatah yang selalu kita dengar apabila dikaitkan dengan anak-anak.

Anak-anak umpama kain putih bersih. Kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Sudah pasti sebagai ibubapa kita mahukan yang terbaik untuk anak. Oleh itu bentuklah mereka sejak mereka masih kecil lagi.

Begitu juga dengan berpuasa. Kita perlu mendidik dan melatih mereka sejak mereka kecil. Memang sukar untuk mereka berpuasa dalam usia yang masih kecil. Tapi sebagai ibubapa kita yang perlu kuat dan banyak bersabar. Janganlah kita mengharap bila sekali ajar mereka dah boleh berpuasa. kadang2, anak2 ni pun ikut mood juga. Hari ni boleh tahan puasa satu hari, tapi esok dh tak puasa. Ada pula tu dah dekat nak Asar, merengek2 minta nak minum sebab dahaga. Kan dah rugi kalau berbuka time tu, lagi beberapa jam lagi nak berbuka. Sabar ye ibu2. Jangan cepat marah dengan karenah anak yg sebegini.

Anak saya yg sulung mula puasa penuh semasa umur dia 6 tahun. So, tahun ni dia memang bersemangat untuk melakukan ibadah puasa. Awal2 lagi dia berpesan suruh saya belikan fresh milk sebab nak minum waktu berbuka. So, sebelum Ramadhan saya dah beli stok fresh milk banyak2 khas untuk dia.

Berikut ada beberapa tip bagaimana nak melatih anak2 ni berpuasa. Semua tip ni adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Kena pahamkan dia, apa itu puasa. Kenapa kita perlu puasa. Supaya nanti dia tahu bahawa dia puasa bukan kerana suka2 ataupun sekadar ikut2 je. Bagi anak yang berumur 5 tahun kebawah tu mungkin sukarlah kot nak memahami erti puasa ni.

2. Pastikan anak kita bersahur. Ini pun cabaran juga bagi kita. Sebabnya bukan senang anak2 nak bangun seawal pagi. Bangun makan pulak tu, luar dari kebiasaannya. So, kenalah ikut rentak dia. Masak apa saja makanan kesukaannya. Kadang2 dia nak bersuap, jadi ikut ajelah kehendak dia asalkan dia bersahur.

3.. Bermula dengan puasa separuh hari. Kemudian bagi pujian kerana dia berjaya puasa walaupun hanya separuh hari. Katakan hari ni dia hanya bertahan sehingga pukul 12 tgh, mungkin esok kita up sikit sampai ke pukul 1.00tgh. Dan juga hari2 seterusnya, tambah je 1jam.. Tapi janganlah kita memaksa.

3. Simpan semua makanan2 yg ada diatas meja supaya tak nampak dari pandangan dia. Paling mencabar bila siadik dengan selambanya makan depan kakak. So, kenalah bagitau adik supaya makan jauh2 dari kakak.. kesian kakak..

4. Untuk bagi dia lupa yg dia sedang berpuasa. Lakukanlah apa2 aktiviti yang melalaikan dia. contohnya, main game ataupun menonton tv.

Seorang ibu pada zaman Nabi SAW yang bernama Ar-Rubayyie binti Mu’awwiz memberitahu: Ketika bulan puasa, anak-anak kecil kami turut sama dididik berpuasa.
Apabila ke masjid (untuk menunaikan sembahyang fardu) bersama mereka, kami menyiapkan untuk mereka permainan (yang diperbuat) daripada benang. Apabila salah seorang mereka menangis kerana lapar (berpuasa) kami berikannya permainan tersebut (supaya dia leka bermain) sehinggalah ke waktu berbuka (puasa). (riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Memberi hadiah tanda penghargaan atas kejayaan dia melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Ini akan memberi dorongan untuk dia berpuasa lagi di tahun hadapan.

Itu je kot antara tip2 yang dapat saya kongsikan. Mungkin ada ibu2 diluar sana yang ada tip2 yg lebih berkesan untuk dikongsikan bersama. Wallahualam..






2 comments:

Ayu said...

bgus2..smoga kak yong kuat dlm berpose..kuat mhadapi godaan 2 si kecik itu bile mereka dgn selambenyer mkn dpn kak yong.. hehe!

Laman Alia said...

ayu
hehehe... setakat ni dia kuat lagi. kakngah pun cakap nak puasa... "tapi mlm nantilah..." itulah ayat yg kakngah kuarkan smlm bila kakyong ajak dia puasa sama... :-)