Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Hari pertama di Bulan Ramadhan. Dan disepanjang Ramadhan juga aku aku telah menukar waktu kerja dari WP2(8.30 a.m - 5.30 p.m) ke WP1 (8.00 a.m - 5.00 p.m). Disebabkan itu aku terpaksa keluar awal untuk mengejar tren Komuter sebelum pukul 7.00pg.

Aku bangun seawal pukul 4.00 pg. Siapkan makanan untuk sahur dan terus kejutkan hubby serta KakYong. Nasib baik KakYong tak banyak ragam. Terus je bangun bila dikejutkan. Biasanya kalau aku kejutkan kul 6pg untuk mandi dan bersiap ke sekolah, byklah alasan dia. "Tak boleh buka matalah Bu.."; " Sejuklah nak mandi Bu.." 1001 alasan lagilah yg diberinya. dan setiap pagi mmg rutin aku terpaksa membebel... dan byk kali jugaklah aku terlepas tren untuk ke opis.

Mungkin keberkatan Bulan Ramadhan, semua urusan dipermudahkan oleh-Nya.

KakNgah dengan adik mmg tak banyak ragam. Tak susahlah nak kejutkan anak2 aku yg 2 org lagi ni. Bila bgn pagi sentiasa ceria. Pukul 6.30pg dh keluar rumah. Hantar KakNgah n adik ke rumah bbysitter lepas tu terus hubby hantar aku ke stesen Komuter. Last sekali baru hantar KakYong ke sekolah. Kebiasaannya selepas hantar KakNgah dan adik, hantar KakYong dulu. So, disepanjang bulan Ramadhan ini rutin tersebut terpaksa ditukar.

Alhamdulillah hari ni aku sempat naik tren pukul 6.55pg dari stesen Komuter UKM dan sampai opis kul 7.43pg.

Kepada teman-temanku, Selamat Berpuasa. Semoga Ramadhan kali ini dapat memberi keberkatan, menghapuskan segala dosa dan menambahkan pahala serta ganjaran kepada kita semua. Amin...







2 comments:

Unknown said...

salam dan selamat berpuasa.

kadang-kadang anak kecik tak meragam..anak besar yang lorat. bagus gi kerja naik komuter kan..jimat masa..al maklumlah bln puasa ni selalunya jalan jem dek pasar ramadhan

Laman Alia said...

salam kak ina,

ikut mood juga tu kak ina. time dia ok, x ada masalah.. tiba mood x ok, poning kepalo..
naik komuter ni mmg bagus.. x payah pikir pasal jln jem..tp bila buat hal tu yg sakit hati..smlm hari pertama puasa komuter dh start buat hal, delay 30 min... penatnya....