Sunday, August 29, 2010

Jalan-Jalan ke Putrajaya

Salam..

Semalam, satu hari tak sempat nak jenguk blog. Macam2 aktiviti yg dilakukan... baru ptg ni sempat jengah blog. Terima kasih pada teman2 yang sudi singgah di laman ini. Nantikan kunjungan tuan laman ini pula ye.

Dalam pukul 10pg smlm aku 1 famili keluar. Dah lama tak bawa anak-anak pegi jalan-jalan. disebabkan diburu kesibukan kerja. Actually hubby aku yang asyik sibuk je. Hujung minggu pun masih bekerja. Maklumlah bekerja sendiri. So, masa cuti tu tak menentulah..

Minggu ni, awal2 lagi aku dah booking masa weekend dari hubby.. seronok anak2 dpt keluar. Kami plan nak ke Putrajaya. nak tgk karnival "Jom Beli Barang Raya" di Presint 2. Tapi sebelum tu singgah cuci kereta di Stesen Minyak Mobil, Bandar Baru Bangi. Drive Thru je.. tak payah keluar dari kereta.
Layan je lah gambar2 yg sempat aku snap ni. Gambar masa cuci kereta je yg banyak. Kat tempat lain tak amik gambar sgt.



Ceria je muka masing. Terlepas dari kurungan..
Biasanya kalau nak ke Bangi/Putrajaya, kami akan ikut shortcut iaitu jalan Kajang Hill Golf Club. Kat sini pagi2 memang banyak monyet. So, singgah la berhenti kejap nak bagi anak2 tengok. Memang dah jadi kebiasaan, bila lalu situ mesti berhenti tengok monyet.


Ini pula masa cuci kereta. Kereta kena sembur dengan air.

Kena sembur dengan sabun pula.


Suka KakYong & KakNgah tengok orang cuci kereta. Biasanya kena duduk kat luar. Tapi kali ni tak payah keluar...

Adik pula ketakutan bila tengok orang sembur air ke kereta. Nak pandang pun tidak..

Sambil menanti orang cuci kereta, layan baca surat khabar...

Ni kat Presint 2, Putrajaya. Kami tak beli apa2 pun kat sini. Orang terlalu ramai. Kesian kat anak2 berhimpit2 nak berjalan. Nak pilih barang pun susah. So, baliklah dengan tangan kosong.

Lepas balik dari Putrajaya, kami singgah PKNS, Bdr Baru Bangi. Kat sini barulah selesa nak membeli.. dapatlah anak2 baju raya. Nak tengok gambar baju raya, kenalah tunggu raya nanti..hehehe...



2 comments:

Husna Adilah said...

cumillll sgt baby kecil :) sampaikan salam cium saya pada dia :)

warkah bonda mmg suka baby :)

... said...

Wah Ida syok le budak2 tu g jalan2 ye siap tgk monyet lagi